Ahad, 10 Mac 2013









Penyerang Tottenham ini di prestasi cemerlangnya.

Bintang Tottenham,  Gareth Bale cukup bagus untuk mewakili Barcelona, menurut pemain bek tengah kelab tersebut, Gerard Pique.
Pemain Wales itu di prestasi terbaiknya musim ini, menimbulkan spekulasi mengenai sama ada Barca atau musuh ketatnya, Real Madrid akan mendapatkan beliau musim panas ini.
Dan ketika Pique mengakui Bale mungkin lebih sesuai dengan los Blancos, beliau berpendapat pemain berusia 23 tahun itu sudah cukup bagus untuk bermain bersama kelab pendahulu La Liga.
"Saya fikir dia pemain yang luar biasa, dia pemain yang hebat," Pique memberitahu.
"Dia memenuhi ciri-ciri untuk bermain dalam pasukan yang dia inginkan."
"Sekarang dia mewakili Tottenham dan bermain dengan cukup baik dan kita akan lihat. Kami mahukan semua pemain terbaik dalam pasukan kami."
"Saya sentiasa fikir bahawa pemain terbaik boleh disesuaikan dengan mana-mana pasukan, tanpa mengira stail permainan pasukan. Memang benar saya fikir yang stail permainan Real Madrid mungkin untuknya – kerana dia sangat laju, kuasa yang dimiliki – mungkin dia lebih sesuai [di situ]."
"Tapi sudah tentu dia juga boleh bermain di sini. Saya tak nampak sebarang masalah yang dia tidak boleh bermain [untuk Barcelona]."


Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!