Selasa, 5 Mac 2013

Casillas Kembali Dalam Skuad Real Madrid
Casillas meraih kecederaan awal di The Mestalla.

Kapten Real Madrid, Iker Casillas kembali dalam skuad untuk pertemuan peringkat 16 pasukan Liga Juara-juara dengan Manchester United di Old Trafford.
 
Casillas, 31, tidak bermain untuk skuad Jose Mourinho sejak patah tangan kirinya dalam kemenangan 5-0 ke atas Valencia pada bulan Januari dan hanya kembali ke latihan pada hari Khamis. Selepas tiada untuk tempoh yang panjang, dia dijangka tidak akan terus kembali dalam skuad utama Diego Lopez berterusan berada di gawang gol.
 
Ketika ramai meramalkan United akan menang, striker Brazil, Kaka yakin Real akan mara ke suku akhir.
 
"Setiap pemain mahu bermain perlawanan seperti ini," katanya di laman web rasmi Real Madrid. "Kami datang dari leg pertama di The Bernabeu dengan perasaan kami mungkin telah memenangi permainan dan kami boleh seri di England dan menang."
 
"Manchester benar-benar kuat tetapi kami akan ke Old Trafford dengan keyakinan. Mereka skuad tradisi Eropah yang sentiasa pergi jauh ke dalam kejohanan yang disertai. Mereka juga benar-benar menjual pemain individu seperti (Wayne) Rooney dan (Robin) Van Persie. Stadium juga hebat, seperti suasana dan peminatnya."

SUMBER :wISEL

0 comments:

Catat Ulasan

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!