Sabtu, 16 Mac 2013


Tevez tamat kontrak di Stadium Etihad Stadium musim panas tahun depan

Carlos Tevez gembira di Manchester City dan perbincangan mengenai memanjangkan kontraknya akan dilakukan hujung musim ini, seperti yang dikatakan oleh pegawai pentadbir kelab, Brian Marwood.
 
Tevez, 29, tamat kontraknya di Stadium Etihad musim panas tahun depan dan dikhabarkan bakal dijual musim panas ini bagi mengelak risiko kehilangannya secara percuma.
 
Tapi Marwood yakin ia tidak akan berlaku, memberitahu pemain Argentina tersebut gembira dengan kehidupannya bersama juara bertahan Liga Perdana Inggeris.
 
Menegaskan bahawa pengurus Roberto Mancini tidak menerima sebarang tawaran untuk Tevez, beliau berkatad: "Semua orang tahu Carlos hanya tinggal setahun dalam kontraknya tapi dia cukup hebat Manchester City – rekod jaringannya, keazaman, tenaganya.
 
"Saya fikir dia di tempat yang bagus ketika ini. Roberto Mancini telah bercakap tentang memanjangkan kontrak Tevez dan perbincangan ini akan diteruskan musim panas ini.
 
"Kami tidak terima tawaran dan Carlos gembira di kelab. Perbincangan akan diadakan di akhir musim ini mengenai masa depannya di City."

Categories: , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!