Isnin, 11 Mac 2013




Bekas bos Chelsea itu telah dikaitkan dengan perpindahan ke Jerman.

Bekas pengurus Switzerland, Rolf Fringer telah memberi amaran kepada Roberto Di Matteo yang bola sepak Jerman tidak sesuai dengan corak pengurusan warga Itali itu, dengan Schalke dilaporkan berminat untuk melantiknya sebagai pengurus.
 
Fringer telah menjadi rakan baik Di Matteo sejak bekerja bersamanya di Schaffhausen lebih 20 tahun lalu dan telah memuji kebijaksanaan dan skil sosial warga Itali tersebut.
 
Namun begitu, jurulatih berusia 56 tahun tersebut telah mencadangkan yang Bundesliga bukan satu destinasi yang bagus buat Di Matteo, walaupun percaya dia mampu 'membantu' kelab yang sedang bergelut itu.
 
"Saya boleh pastikan semua kelab Jerman; jika dia datang ke Jerman, ini bukan bola sepaknya," kata Fringer. "Saya rasa yang dia boleh bantu FC Schalke. Namun, saya tak yakin yang dia patut lakukannya."
 
"Ada kelab yang mahukan terlalu banyak dan rosakkan segalanya disebabkan itu, seperti Schalke. Dia terlalu bijak jika dia mahu duduk di kerusi panas seperti itu. Saya tak rasa dia patut lakukannya."
 
"Dia seorang individu baik dengan fikiran bijak. Dia ada skil sosial yang bagus sebagai seorang pemain dan sangat bijak melihat permainan, dan disebabkan itu saya tak terkejut dia dah nikmati kejayaan besar sebagai seorang jurulatih."
 
Di Matteo menang kejuaraan berganda Liga Juara-juara dan Piala FA bersama The Blues musim lalu, dan Fringer percaya ia adalah kombinasi kegigihan dan tuah yang memberi warga Itali itu kejayaan besar tersebut.
 
Fringer berkata: "Sewaktu dia pemain saya, dia sangat muda. Juga proses menyerap pemain ke pasukan kebangsaan Switzerland menjadi satu topik, namun dia enggan bermain untuk mereka. Dia sentiasa ada satu sasaran, satu visi."
 
"Dia sentiasa mahu menjadi seorang pemain kebangsaan Itali. Itu lebih 20 tahun lalu. Ia tak mudah buat seorang pemain muda dari sebuah bandar kecil di Switzerland. Namun, dia lakukannya kerana memang benar-benar mahukannya."
 
"Momentum memihak Chelsea. Dari sudut kemanusiaan dan kualitinya, Roberto layak terima tuah nasib ini."
 
"Malah Didier Drogba cakap selepas perlawanan di Munich yang mereka menang kejuaraan demi semua bekas pemain Chelsea."

 

Categories: , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!