Sabtu, 23 Mac 2013

Pengarah sukan juara bertahan liga Jerman itu, Michael Zorc akui warga Bosnia itu adalah sasaran perpindahan kelab.

Pengarah sukan Borussia Dortmund, Michael Zorc telah mengakui yang striker Manchester City, Edin Dzeko addalah sasaran buat kelabnya, namun berkata ada 'aspek ekonomi' yang perlu dipertimbangkan.
 
Kelab Jerman itu gusar yang juara Inggeris tersebut meletakkan harga tinggi untuk striker berusia 27 tersebut, yang sebelum ini menikmati tempoh prolifik di Jerman bersama Wolfsburg.
 
Pemain kebangsaan Bosnia itu bakal meninggalkan Etihad musim panas ini selepas gagal mengesahkan tempat dalam kesebelasan utama di belakang gandingan dari Argentina, Sergio Aguero dan Carlos Tevez.
 
Namun kelab Jerman itu menegaskan yang mereka tidak boleh memeterai perjanjian dengan Dzeko jika juara Liga Perdana tersebut enggan meletakkan yuran perpindahan yang realistik.
 
"Tiada keraguan tentang Dzeko seorang striker kelas tinggi," kata Zorc.
 
"Dia seorang penyerang hebat dan pemain yang harus dimiliki ramai pihak. Namun, masih ada aspek ekonomi yang perlu dipertimbangkan.
 
"[Satu perpindahan] akan bergantung kepada matematik kerana Dzeko di bawah kontrak di Manchester City melepasi musim ini."
 
Kelab yang kini berada di suku akhir Liga Juara-juara itu sedang mencari seorang striker baru dengan penyerang Poland, Robert Lewandowski bakal meninggalkan kelab pada musim panas selepas memilih enggan menandatangani kontrak baru. Kontrak terkininya tamat pada 2014, dan kelab pesaing City, United dikhabarkan berminat terhadap pemain tersebut.
 sumber : http://www.wiselonline.com/News.asp?newsid=14000
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!