Khamis, 14 Mac 2013


Bintang Real: Ronaldo melihat sahamnya melambung sejak sertai Madrid.

Cristiano Ronaldo telah dinasihatkan oleh ejennya Jorge Mendes supaya kekal di Real Madrid untuk semusim lagi.
 
Ronaldo hanya tinggal dua tahun dalam kontrak semasanya di the Bernabeu selepas musim ini dan berfikir untuk meninggalkan Sepanyol dengan PSG dan bekas kelabnya, Manchester United berminat membeli beliau.
 
Bagaimanapun pemain berusia 28 tahun ini telah diminta oleh kenalan dan ejennya, Mendes supaya terus berada di the Bernabeu untuk semusim lagi sebelum memilih kelab lain di Eropah.
 
Ia banyak bergantung kepada sama ada Jose Mourinho akan kekal di Real selepas musim ini.  Mourinho juga menjadi sasaran PSG, walaupun diketahui beliau lebih cenderung untuk menggantikan Sir Alex Ferguson di Old Trafford satu hari nanti.
 
Ronaldo jelas tersentuh dengan sambutan hangat yang diterimanya di Old Trafford minggu lepas, yang terus berkekalan walaupun beliau menjaringkan gol yang menyingkirkan United dari Liga Juara-juara.

Categories: , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!