Rabu, 13 Mac 2013


Leroy Fer masih lagi dalam pemantauan Everton walaupun ada masalah lutut.

Everton terus memerhatikan midfielder FC Twente, Leroy Fer selepas peninjau bakat kelab menyaksikannya bermain menentang Vitesse Arnhem hujung minggu lepas.
 
Fer melihat perpindahan £8 jutanya ke Everton gagal pada Januari lalu selepas gagal pemeriksaan kesihatan kerana kecederaan lutut.
 
Namun midfielder Belanda berusia 23 tahun itu masih berminat menyertai the Toffes dan berkata: "Ia tetap kelab yang hebat. Tapi ketika ini saya tidak memikirkan tentangnya."
 
"Hanya satu perkara yang penting ketika ini, mengakhiri musim di FC Twente dengan cara yang bagus."
 
Peninjau dari kelab Liga Perdana Inggeris yang lain turut berada di perlawanan tersebut.

Categories: , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!