Sabtu, 9 Mac 2013


Isco yang seterusnya akan pergi - Martin Demichelis




Bek tengah Argentina ini percaya Isco akan jadi pemain seterusnya dijual oleh Malaga

Pemain pertahanan Malaga, Martin Demichelis menyatakan rasa kecewanya dengan kemungkinan penghijrahan besar-besaran pemain dari kelab, meyakini pemain muda berbakat, Isco yang seterusnya akan meninggalkan La Rosaleda.
 
Pemain antarabangsa Sepanyol itu menarik perhatian beberapa kelab besar dari serata Eropah dengan kecemerlangan aksinya di La Liga dan Liga Juara-juara.
 
Dan berikutan masalah kewangan yang dialami kelab berikutan penggantungan setahun dari kejohanan Eropah, pemain pertahanan Argentina itu yakin pemain perancang itu tidak lama lagi akan ditunjukkan jalan keluar.
 
"Pada saya ia petunjuk buruk untuk masa depan kelab. Saya percaya pemain seterusnya yang akan dijual tidak lama lagi ialah Isco, kerana dia adalah antara pemain paling diingini dalam skuad," Demichelis memberitahu wartawan.
 
The Andalusians dibeli oleh  Sheikh Abdullah bin Nasser Al-Thani dari Qatar pada tahun 2010. Pemilik kelab kemudian berbelanja besar untuk memperbaiki skuad dan ia membuatkan Malaga mencapai keputusan terbaik di liga di tempat keempat, layak ke Liga Juara-juara untuk kali pertama.

sumber : wisel

0 comments:

Catat Ulasan

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!