Rabu, 13 Mac 2013


Sir Alex Ferguson gembira untuk memiliki kembali pemain sayapnya itu di Manchester.

Real Madrid telah memberitahu Manchester United untuk melupakan usaha memujuk  Cristiano Ronaldo kembali ke Old Trafford musim panas ini.
 
Ronaldo jelas tersentuh dengan sambutan yang diterima beliau dari penyokong kelab di Old Trafford minggu lepas, yang tetap utuh meskipun selepas beliau menjaringkan gol kemenangan yang menyingkirkan United dari Liga Juara-juara.
 
Suasana sedemikian mencetuskan andaian bahawa pemain berusia 28 tahun itu mungkin teruja untuk kembali ke Old Trafford, jadi tidak menghairankan terbit laporan bahawa Nike – yang menaja United dan Ronaldo – sedang merancang satu pakej kewangan besar yang diperlukan untuk menyelesaikan satu perpindahan yang cukup bercita-cita tinggi.
 
United tidak menafikan langsung spekulasi tersebut walaupun masih ada keraguan mengenai sama ada Ronaldo berminat untuk berpindah dan mungkin juga beliau menggunakan kelab lamanya sebagai subjek rundingan  untuk menyambung kontrak semasanya di the Bernabeu yang akan berakhir tahun 2015.

Categories: , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!