Sabtu, 23 Mac 2013


Gael Kakuta telah tidak beraksi buat Chelsea sejak 2010.

Winger pinjaman, Gael Kakuta telah memberi penilaian jujur tentang polisi perpindahan Chelsea, mendakwa skuad Blues terlalu besar dan dia akan melihat untuk berpindah keluar secara tetap dari Stamford Bridge.
 
Kakuta kini sedang beraksi di Eredivise bersama Vitesse Arnhem setelah menyertai Chelsea pada 2009. Namun, tempohnya di Belanda adalah merupakan ikatan pinjaman terbaru daripada beberapa perjanjian pinjaman yang telah menyaksikan dia bermain di Fulham, Bolton dan Dijon di tanahairnya.
 
Perubahan berterusan di Chelsea, menurut Kakuta, telah kini melupuskan keinginannya untuk kembali ke kelab.
 
"Saya tak ada impian tentang Chelsea lagi – dulu ya, kini saya lebih sedar," kata Kakuta.
 
"Saya harap saya boleh sertai sebuah kelab seperti Vitesse musim depan, di mana saya boleh bermain setiap minggu.
 
"Chelsea ada terlalu ramai pemain. Di usia ini, saya perlu kerap bermain namun jika saya kembali saya cuma akan bermain 10 minit dalam sebulan dan saya tak mahu begitu."

Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!