Khamis, 14 Mac 2013


Pemain berusia 25 tahun ini tiba di Sepanyol dari Stuttgart tiga tahun yang lalu.

Sami Khedira percaya beliau "manusia paling bertuah di dunia" sejak menyertai Real Madrid dan menyifatkan kehidupan di kelab sebagai "sempurna".
 
Midfielder defensif ini berpindah ke Santiago Bernabeu dari Stuttgart pada tahun 2010 dan telah menjadi pemain regular musim ini, bermain 34 perlawanan di semua kejohanan.
 
"Kehidupan saya di Real Madrid sempurna," ujar pemain berusia 25 tahun ini.
 
"Saya sangat selesa seperti di rumah sendiri di Sepanyol dan apa yang boleh saya katakan ialah saya manusia paling bertuah di dunia sejak saya menyertai kelab ini."
 
Aksi Khedira musim ini dipuji oleh Jose Mourinho dan beliau sebelum ini bercakap mengenai penting memperolehi kepercayaan dari pengurusnya.
Prestasi juara Bundesliga dan La Liga ini turut diulas oleh Cristiano Ronaldo, yang menyebut mengenai sifat berjenaka Khedira selain sumbangannya kepada pasukan.
 
Ronaldo memberitahu: "Dia tak banyak berlawak tapi bila dia berlawak, memang melucukan. Sami cukup bagus untuk Real Madrid, di dalam dan luar padang."

Categories: , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!