Khamis, 14 Mac 2013


Ferdinand tidak bermain untuk England sejak Jun 2011.

Pengurus England, Roy Hodgson "dalam dilema" tentang sama ada mahu memanggil semula bek Manchester United, Rio Ferdinand, demikian menurut laporan.
 
Hodgson mengabaikan Ferdinand bagi alasan kurang diterima yang mana dia menggambarkan sebagai "sebab bola sepak", namun kekurangan pilihan yang disebabkan isu kecergasan dan prestasi mendorong kepada idea bek tengah United itu mungkin dipanggil semula.
 
Ferdinand, 34, tidak bermain untuk England sejak Jun 2011, namun pengalamannya boleh digunakan untuk Three Lions apabila menghadapi San Marino dan Montenegro dalam kelayakan Piala Dunia pada 22 Mac dan 26 Mac.
 
Gary Cahill dan Chris Smalling merupakan bek tengah dalam kesebelasan utama dalam permainan terakhir England ketika mereka menewaskan Brazil 2-1, namun Gary Cahill baru-baru ini tidak meyakinkan untuk Chelsea manakala Smalling tidak bermain dengan United sejak awal Mac.
 
Pemain Everton, Phil Jagielka sedang berehat akibat kecederaan buku lali, Joleon Lescott pula telah bergelut untuk aksi skuad utama di Manchester City manakala bek Stoke, Ryan Shawcross mengharungi debut sukar England menentang Sweden.
 
Bagi pilihan lain, Michael Dawson kini dalam prestasi menarik untuk Tottenham manakala Taylor Steven dari Newcastle juga telah dicadangkan untuk cap antarabangsa pertama.
 
Taylor berkata, "Ia satu pujian untuk mendengar orang bercakap tentang saya dan England. Itu amat menakjubkan kerana jumlah cadangan yang mahu saya pergi."

Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!