Sabtu, 9 Mac 2013

Mancini tak pasti tentang perjanjian jangka panjang Kolo Toure

Bek itu mungkin bakal pindah keluar apabila kontraknya tamat musim panas ini.

Pengurus Manchester City, Roberto Mancini mengakui yang dia tidak pasti samada Kolo Toure akan ditawarkan satu perjanjian baru bersama kelab.
Kontrak terkini pemain berusia 31 tahun itu bersama juara Liga Perdana tersebut tamat pada penghujung musim namun warga Ivory Coast itu telah menjadi pengganti sepanjang ketiadaan Vincent Kompany, dan telah dipuji oleh Mancini hasil persembahannya menentang Chelsea pada 24 Februari.
Ketika ditanya samada bek itu akan berpindah keluar pada penghujung musim, Mancini menjawab: "Saya juga akan pindah musim panas ini – untuk bercuti."
Warga Itali itu menyambung: "Kami tak tahu lagi buat masa ini. Apa yang penting adalah dia terus bermain seperti yang dilakuaknnya malam Isnin lalu dan ketika menentang Chelsea.
"Kolo adalah seorang pemain profesional tulen dan layak untuk terima kepuasan hasil persembahan seperti itu. Dia dan beraksi dengan sangat baik dan kami akan lihat bagaimanan nanti. Saya gembira untuknya kerana dia seorang individu yang baik."


Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!