Khamis, 14 Mac 2013

Park Ji-Sung: Sertai QPR musim panas lepas dari Manchester United.

Park Ji-Sung merasakan  Queens Park Rangers akhirnya memiliki keyakinan – selain dari kualiti – untuk menyelamatkan diri selepas kemenangan berturut-turut ke atas Southampton dan Sunderland.
 
Midfielder ini memberitahu bagaimana kemenangan tersebut telah mengubah suasana di kelab ketika mereka bersedia untuk bertandang ke Aston Villa hujung minggu ini.
 
"Ada perbezaan empat mata sekarang dan kami semua tahu perlawanan akan datang menjadi sangat penting," Park memberitahu di laman sesawang rasmi QPR.
 
"Persembahan kami di dua perlawanan terakhir cukup bagus, jadi kami ada peluang cerah untuk keluar darinya."
 
"Pemain lain turut berkeyakinan dengannya dan kini kami perlu kekalkan momentum ini sehingga akhir musim."
 
"Saya tidak memberikan tekanan terhadap memenangi dua perlawanan berturut-turut. Kami sangat puas hati yang kami menjadi semakin bagus dan kini kami perlu bersedia untuk perlawanan seterusnya. Kami perlu terus menang dan keluar dari zon penyingkiran."
 
"Mood di bilik persalinan selepas menang dan kalah memang amat berbeza. Saya dapat lihat lebih ramai pemain ketawa selepas memenangi perlawanan dan ia akan berikan kesan positif di perlawanan seterusnya."

 
Categories: , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!