Selasa, 12 Mac 2013

Pazzini diketepikan dari skuad untuk trip ke Nou Camp.

Giampaolo Pazzini telah diketepikan dari perlawanan AC Milan menentang Barcelona di Liga Juara-juara.
 
Penyerang berusia 28 tahun itu dikeluarkan selepas disyaki mengalami kecederaan buku lali selepas menjaringkan gol semasa pasukannya mencatatkan kemenangan 2-0 ke atas Genoa, dengan Mario Balotelli menggantikan beliau hanya selepas 22 minit perlawanan.
 
Beliau dijadualkan menjalani imbasan untuk mengetahui tahap kecederaannya namun tidak akan mengambil bahagian dalam perlawanan kedua pusingan 16 pasukan terakhir bertemu  the Blaugrana, selepas dikeluarkan dari skuad 22 pemain Massimiliano Allegri yang bertandang ke Sepanyol.
 
Berita ini tidak menggembirakan kelab gergasi Itali tersebut selepas rakan sepasukan, Mario Balotelli tidak layak bermain, sekaligus meletakkan Stephan El Shaarawy dan M'Baye Niang sebagai penyerang sebenar pasukan utama yang tersedia untuk pemilihan.
 
Pazzini cemerlang kebelakangan ini selepas permulaan sulit dalam kariernya di Milan berikutan perpindahannya dari Inter, menjaringkan enam gol dari enam kemenangan untuk the Rossoneri pada tahun 2013.

 
Categories: , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!