Sabtu, 16 Mac 2013


Pogba telah sangat menyerlah sejak sertai juara Serie A, Juventus dari Manchester United musim panas lalu.

Jurulatih Perancis, Didier Deschamps telah memasukkan midfielder Juventus, Paul Pogba dan bek meningkat naik Real Madrid, Raphael Varane dalam skuad 24 pemain untuk aksi kelayakan Piala Dunia bulan ini menentang Georgia dan Sepanyol.
 
Bekas pemain remaja Manchester United, Pogba sedang menikmati satu musim cemerlang di Juve, dan kemasukannya tiba selepas dia terlepas tempat dalam skuad untuk aksi persahabatan menentang Jerman bulan lalu.
 
"Saya ada keyakinan terhadapnya," kata Deschamps dalam satu sidang media. "Dia ada kualiti. Walaupun dia tak boleh dianggap sebagai pemain kesebelasan utama buat Juventus, dia dah beraksi lebih 20 perlawanan di Serie A dan enam di Liga Juara-juara."
 
Varane telah meraih banyak pujian atas persembahannya buat Madrid sejak beberapa minggu kebelakangan ini dan diberi peluang untuk berdepan dengan beberapa rakan sepasukan kelabnya apabila Les Blues berdepan juara dunia dan Eropah itu.
 
Dia pada asalnya dinamakan dalam skuad aksi persahabatan menentang Jerman sebelum menarik diri akibat kecederaan. "Dia ada potensi besar," kata Deschamps tentang bek elegan berusia 19 tahun itu yang bersama striker Madrid, Karim Benzema dalam skuad. "Dia tak banyak bermain pada permulaan musim namun telah kerap beraksi sejak Januari dan telah menjadi pilihan utama di benteng Real Madrid."
 
Penjaga gol: Hugo Lloris (Tottenham Hotspur/ENG), Steve Mandanda (Marseille), Mickael Landreau (Bastia)

Pertahanan: Gael Clichy (Manchester City/ENG), Mathieu Debuchy, Mapou Yanga-Mbiwa (both Newcastle United/ENG), Patrice Evra (Manchester United/ENG), Christophe Jallet, Mamadou Sakho (kedua-duanya Paris Saint-Germain), Laurent Koscielny (Arsenal/ENG), Raphael Varane (Real Madrid/SEP)

Tengah: Yohan Cabaye, Moussa Sissoko (both Newcastle United/ENG), Maxime Gonalons (Lyon), Blaise Matuidi (Paris Saint-Germain), Dimitri Payet (Lille), Paul Pogba (Juventus/ITA), Mathieu Valbuena (Marseille)

Penyerang: Karim Benzema (Real Madrid/SEP), Olivier Giroud (Arsenal/ENG), Bafetimbi Gomis (Lyon), Jeremy Menez (Paris Saint-Germain), Franck Ribery (Bayern Munich/GER), Loic Remy (Queens Park Rangers/ENG)

Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!