Jumaat, 15 Mac 2013

Lewandowski mahukan tempat Wayne Rooney di Manchester United.

Robert Lewandowski sedang memantau situasi Wayne Rooney di Manchester United.
 
Bintang Poland yang beraksi buat Borussia Dortmund itu berminat untuk berpindah ke Old Trafford.
 
Alex Ferguson membuat tawaran £17 juta untuk Lewandowski, 24, musim panas lalu – namun menarik diri apabila dia berjaya mendapatkan Robin van Persie.
 
Namun dia telah kekal memantau secara dekat perkembangan striker tersebut.
 
Bayern Munich mengetuai persaingan mendapatkan pemain itu, namun Lewandowski sedar perpindahan ke kelab pesaing akan mengecewakan peminat Dortmund, selain dia juga mahu mencuba nasib di England.
 
Namun begitu, perpindahan ke United hanya akan berlaku jika Fergie membenarkan salah seorang daripada empat striker utamanya meninggalkan kelab.
 
Dan kedengaran spekulasi terbaru tentang masa depan Rooney selepas dia diketepikan dari kesebelasan utama aksi kedua pusingan 16 terakhir Liga Juara-juara menentang Real Madrid.
 sumber : http://www.wiselonline.com
Categories: , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!