Khamis, 14 Mac 2013


Rooney telah memenangi empat kejuaraan Liga Perdana Inggeris bersama Manchester United.

Penyerang Manchester United, Wayne Rooney percaya memenangi trofi utama musim ini akan menjadi batu loncatan untuk lebih kejayaan bersama the Red Devils.
 
Rooney sedar bahawa satu trofi boleh menghasilkan lebih banyak trofi seperti trofi pertamanya di  Old Trafford, Piala Liga tahun 2006 yang telah disusuli dengan tiga kejuaraan liga selain dari Liga Juara-juara tahun 2008.
 
Robin van Persie, Shinji Kagawa, Nick Powell dan Alexander Buttner, yang dibeli musim panas lepas dan David de Gea, Ashley Young and Phil Jones, yang dibawa masuk pada musim panas sebelumnya, masih belum memenangi apa-apa bersama United.
 
Begitu juga dengan Tom Cleverley, graduan akademi kelab manakala Danny Welbeck hanya ada medal dari final Piala Liga 2009.
 
United miliki kelebihan 12 mata di Liga Perdana Inggeris dan Rooney percaya menamatkan musim sebagai juara akan membantu pasukan untuk tahun-tahun mendatang.
 
"Kami ada skuad hebat dengan gabungan terbaik pemain berpengalaman dan muda yang cukup berbakat dan berkeinginan besar untuk menang," Rooney memberitahu.
 
"Menjadi sukses musim ini amat penting kerana ia akan berikan kami platform terbaik untuk bermula dalam beberapa tahun nanti. Sebaik pemain muda merasai kejuaraan pertama mereka bersama kelab, mereka akan merasa betapa bagusnya perasaan tersebut dan mahu terus melakukannya lagi dan lagi. Harapnya mereka akan dapat merasainya musim ini."
 sumber : http://www.wiselonline.com
Categories: , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!