Jumaat, 1 Mac 2013

Santos Buka Rundingan kontrak untuk Neymar

Supremo Santos berkata kelab telah membuka perbincangan kontrak dengan Neymar.

Neymar telah memulakan rundingan tentang kontrak baru dengan Santos, demikian menurut naib presiden kelab.
Remaja hebat Brazil itu merupakan antara bakat yang paling hangat di planet, dengan Barcelona dan Manchester City berminat untuk menandatanganinya.
Awal bulan lepas, bek Barca iaitu Dani Alves, yang bermain dengan Neymar bersama Brazil, menggesa rakan senegaranya itu menyertainya di Nou Camp. Namun Santos sentiasa menegaskan striker itu akan terus kekal sekurang-kurangnya sehingga Piala Dunia 2014, yang mana akan dihoskan oleh Brazil.
Dan kini supremo kelab, Odilio Rodrigues mendedahkan perbincangan telah dimulakan untuk meyakinkan pemain berusia 21 tahun itu agar menandatangani perjanjian segar.
Dia berkata, "Jawatankuasa urusan kelab telah putuskan, kami berhasrat untuk melanjutkan kontraknya selepas tahun 2014, kita sedang berusaha untuk merealisasikannya."
"Kami buka rundingan dengan bapa Neymar, yang menafikan ada sebarang perjanjian (dengan Barcelona) dan kami percaya dia. Dia berkata Neymar kini gembira di mana dia berada."
"Berita dari Alves bukan sesuatu yang baru, Neymar sedang dijual setiap hari, sentiasa ada berita bahawa dia telah dijual."
"Mereka juga berkata bahawa Santos telah menerima sedikit wang. Ia sangat biasa, tapi tiada rundingan antara Santos dan mana-mana kelab lain."

 sumber:wisel

0 comments:

Catat Ulasan

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!