Sabtu, 9 Mac 2013


Saya tak melilih antara Real atau Barca 








Pemain Santos, Neymar akui beliau terbuka untuk perpindahan sama ada ke Barcelona atau Real Madrid, namun tegaskan masih belum buat keputusan mengenai masa depannya.
 
Pemain antarabangsa Brazil itu terus dikaitkan dengan perpindahan ke Eropah namun tidak terburu-buru untuk mengucap selamat tinggal kepada kelabnya ketika ini.
 
"Saya tak memilih untuk  Barcelona atau Real Madrid. Ia dua kelab yang hebat dan dihormati semua. Masing-masing ada sejarah sendiri dan pemain fantastik," Neymar memberitahu.
 
"Sejak beberapa tahun lepas, Barcelona telah mempersonakan dunia dengan cara mereka bermain. Mereka adalah antara pasukan terbaik di dunia.
 
"Bermain di Eropah terus menjadi satu impian tapi saya tak tahu sama ada ia akan berlaku tidak lama lagi. Hanya saya akan tentukan apabila saya bersedia untuknya.
 
"Saya akan berpindah apabila saya buat keputusan untuk diri sendiri. Ia bukan mengenai orang lain tapi keputusan saya sepenuhnya. Jika saya rasa saya perlu pergi sekarang, saya akan pergi. Tapi jika saya mahu kekal untuk lima tahun lagi, saya akan pergi lagi lima tahun ..."


sumber :wisel

0 comments:

Catat Ulasan

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!