Rabu, 13 Mac 2013


Kembali: Butland putuskan untuk terus bersama Birmingham hingga akhir musim.

Jack Butland menolak Manchester City dan Chelsea pada Januari lalu untuk menyertai Stoke City dengan harga £3.5 juta bagi meningkatkan permainannya dan 'membawa ke tahap seterusnya'.
 
Penjaga gol berusia 20 tahun itu kekal di Birmingham hingga akhir musim kerana mahu terus bermain dalam kesebelasan utama pasukan.
 
"Saya ada peluang bercakap dengan Chelsea tapi saya tak rasa saya perlu lakukannya," Butland memberitahu.
 
"Ia sebuah kelab yang fantastik dan akan menjadi satu penghormatan besar untuk bermain untuk mereka pada satu masa nanti. Tapi saya ada peluang untuk menyertai sebuah kelab di mana saya rasa lebih bagus untuk saya memajukan karier saya dan membawanya ke tahap seterusnya di mana ia sesuatu yang saya fikir tidak dapat dilakukan di kelab yang telah saya tolak."
 
"Saya menolak Manchester City hampir setahun yang lalu. Sekali lagi saya jelaskan yang saya gembira tapi Joe Hart merupakan penjaga gol No 1 mereka yang tidak tercabar dan dia adalah faktor utama."

 
Categories: , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!