Sabtu, 9 Mac 2013




Selangor FA  memberi amaran kepada pencabar Liga Super yang lain dengan mengaibkan Johor Darul Takzim  4-1 di Stadium Shah Alam ,malam tadi



Ternyata jurulatih Irfan Bakti Abu Salim orang yang paling lega kerana dapat menggunakan khidmat pemain-pemain tengah utamanya yang bebas daripada kecederaan. 

Hasilnya Red Giants memperolehi terhasil menerusi S. Kunanlan pada minit ke-4, Francis Forkey-Doe (m33), Mahalli Jasuli (m67) dan Amri Yahyah (m69) namun Johor DT memperolehi gol saguhati menerusi Norshahrul Idlan Talaha 15 kinit sebelum perlawanan tamat. 

Johor DT mempunyai peluang untuk bangkit daripada situasi sepakan percuma namun satu percubaan tepat oleh Safiq Rahim daripadanya berjaya ditepis Norazlan Razali untuk menamatkan separuh masa pertama. 

Walaupun tempang akibat pertahanan import, Peter Charrappan yang dilayangkan kad merah pada m-57, semangat Selangor terus membara sehingga berjaya meledak dua gol lagi. 

Mahalli Jasuli yang banyak melakukan gerakan berbahaya akhirnya mencetak namanya selaku penjaring apabila berjaya mengatasi beberapa pemain lawan sebelum melakukan gerakan penyudah. 

Johor DT bagaimanapun enggan terus patah asa dan berusaha mengasak kubu Selangor namun gerakan mereka agak mudah dibaca. 

Walaupun akhirnya berjaya menggegar gawang Selangor menerusi gerakan solo Norshahrul, namun belum cukup untuk menceriakan penyokong mereka. 

Lions XII pula berjaya memungut tiga mata hasil kemenangan 1-0 ke atas Kelantan, manakala Negeri Sembilan terus tersepit dengan kekalahan kelima selepas tumbang 1-0 kepada pelawat, Felda United.

Sumber :Stadium Astro

0 comments:

Catat Ulasan

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!