Jumaat, 15 Mac 2013


Rekrut Januari ini gembira membantu kelab barunya sampai ke suku akhir.

Wesley Sneijder memberitahu mara ke suku akhir Liga Juara-juara dengan sendirinya menjadi satu pencapaian untuk Galatasaray dan mengakui ia akan menjadi perlawanan yang "sukar" menentang mana-mana pasukan selepas ini.
 
Pemain antarabangsa Belanda itu yakin juara Turki tersebut boleh berpuas hati dengan kempen Eropah mereka meskipun tersingkir di peringkat seterus, di mana undian akan dilakukan Jumaat ini, selepas mengenepikan Schalke di peringkat 16 pasukan terakhir.
 
"Kami di peringkat lapan pasukan terakhir dan ia telah pun menjadi pencapaian terbaik," ujar bekas bintang Ajax dan Inter tersebut.
 
Galatasaray memenangi Piala Uefa tahun 2000 namun tidak pernah merasai kejayaan di kejohanan premier kelab Eropah meskipun sentiasa bersaing di peringkat awal.
 
Sneijder menjulang trofi kejohanan bersama the Nerazzurri pada tahun 2010 namun meredakan peluang pasukan barunya untuk melepasi peringkat suku akhir.
 
"Kami akan perlu menunggu untuk undian tapi ia akan menjadi sukar menentang mana-mana pasukan, jadi saya tak mahu berkata saya cenderung memilih 'pasukan itu atau pasukan ini'."
 
"Semuanya [pasukan yang mungkin ditentang Galatasaray] akana menjadi sukar tapi ia telah pun menjadi satu kegembiraan untuk berada di suku akhir."

Categories: , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!