Isnin, 11 Mac 2013






Luis Suarez tiada masalah dengan perpindahan ke Bayern Munich.

Penyerang Liverpool, Luis Suarez menimbulkan tanda tanya tentang masa depannya di kelab selepas mengakui dia berminat untuk ke Bayern Munich pada musim panas ini.
 
Suarez sering dikaitkan dengan Bayern, selepas penguguman Pep Guardiola akan menjadi pengurus mereka selepas musim ini berakhir.
 
Difahamkan GUardiola boleh menggunakan khidmat abangnya, Pere, seorang ejen yang mewakili Suarez, untuk menjadikan penyerang Uruguay itu pemain pertama yang ditandatanganinya di Jerman, dan pemain itu sendiri tidak menolak, sebaliknya mengakui dia ingin berbincang dengan kelab Jerman itu jika ada sebarng tawaran.
 
"Jika Bayern Munich membuat tawaran, saya pasti ingin berbincang dan memikirkannya," ujar Suarez.
 
"Itu tidak bermakna saya akan berpindah, cuma saya tidak akan terus menolak mana-mana tawaran dari kelab lain."
 
Suarez kini sedang melalui antara musim terbaiknya sejak menyertai Liverpool dari Ajax pada tahun 2011, mengumpul 26 gol dari 38 perlawanan setakat ini di samping lapan kali mencipta peluang jaringan.
 
Namun dengan 'the Reds' tampak sekali lagi gagal memburu tangga empat teratas, perpindahan bukan sesuatu yang mustahil, biarpun Suarez baru menandatangani kontrak baru bulan Ogos lalu. 
 
Anggaran nilai perpindahan Suarez, 26, pasti mencecah lebih £40juta.


Categories: , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!