Selasa, 12 Mac 2013



Di Meco gesa Louis Nicollin lupakan hajat mengupah Maradona.

Bekas pemain pertahanan Olympique de Marseille, Eric Di Meco amat meragui kemampuan Diego Maradona sebagai seorang pengurus dan mengandaikan Montpellier akan huru-hara dengan ketibaannya.
 
Pemgerusi Montpellier, Louis Nicollin baru-baru ini menyatakan hasratnya mendapatkan Maradona, 52, sebagai pengganti untuk pengurus sekarang Rene Girard, yang kontraknya akan tamat pada akhir akhir.
 
Namun Di Meco, menulis di blog, yakin ia adalah langkah yang mencetuskan masalah.
 
"Inilah perkara paling buruk boleh berlaku," ulas beliau mengenai potensi perlantikan tersebut.
 
"Masih ada keraguan mengenai kualiti Maradona sebagai pengurus. Dia tiada pencapaian. Saya fikir dia ada kemampuan untuk memusnahkan sebuah kelab yang berfungsi cukup baik selama ini dalam masa enam bulan."
 
"[Montpellier] kelab yang stabil, dengan pengurus, struktur yang berfungsi dengan baik. Jika dia [Nicollin] mahu mengekalkan kelab, jangan bawa masuk Maradona."
 
"Ia haruslah Jean Fernandez, Antoine Kombouare, Luis Fernandez... siapa saja. Mereka yang ada visi untuk kelab dalam jangka masa panjang. Inilah sebabnya saya langsung tidak percaya dengan laporan ini."
 
Maradona ketika ini masih ada kontrak bersama Majlis Sukan Dubai, berkhidmat sebagai duta dunia untuk institut tersebut.

 
Categories: , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!