Isnin, 25 November 2013

Pacific Rim dari pengarah ternama Guillermo Del Toro. Tahukah anda filem ini akan memaparkan banyak mecha yang cool. Mari lihat beberapa rekaan mecha yang sudah diperlihatkan oleh Del Toro kepada umum. Ironman still kesukaan kami





Info Asal : PacificRimMovie
Kini, terdapat dompet yang mampu membuatkan anda belajar untuk berbelanja secara berhemah di mana dompet ini bukan sahaja mampu melarikan diri malah akan mengeluarkan bunyi seakan-akan jeritan apabila ia dipegang.


"Living Wallet" akan melakukan apa yang terdaya bagi melindungi kewangan anda dari pembelanjaan secara berlebihan dan juga mampu menghantar E-Mail kepada ibu atau penjaga anda sekiranya anda berbelanja secara tidak rasional. Apabila dipegang dalam keadaan "Save Mode", ia akan menjerit dengan kuat.

Selain daripada mampu melindungi kadar pembelanjaan anda, ia juga mempunyai sejenis aplikasi yang mampu menjejaki kewangan anda. Apabila anda sedia untuk membelanjakan wang, The Living Wallet ini akan memasuki "Consume Mode".




info asal : penpatah.
Tarhan Telli ialah seorang pembina motosikal yang berpengkalan di Ankara Turki. Minggu lalu beliau memperlihatkan Medusa, motosikal custom binaan terbaru beliau. Motosikal ini dikatakan merupakan motosikal termahal di dunia. Tiada nilai diletakkan buat masa ini kerana rekod ini masih sedang disahkan oleh Guiness tetapi apa yang pasti Tarhan Telli berkata beliau membelanjakan USD 1 Juta hanya untuk membeli emas yang digunakan untuk menyadur casis dan komponen utama Medusa. 

Rekaan ular dan kepala Medusa dapat dilihat pada motosikal ini. Ia diperkasakan enjin 1.8 liter V Twin dengan 125 kuasa kuda. Enjin ini dipilih kerana penggunaan emas sebagai bahan binaan mengakibatkan motosikal ini mempunya berat 318 kilogram! 





info asal :Auto Evo
Ini adalah motosikal yg bakal dikeluarkan oleh Mission Motorcycles. Motosikal elektrik ini mampu memecut dari 0 hingga 97 km/j dalam masa 3 saat dan mempunyai kelajuan maksima 241 km/j. Dan yang lebih utama, motosikal ini tidak mengeluarkan asap kerana ianya motosikal elektrik. Motosikal ini menggunakan bateri 17kWh yg mampu membawa anda sejauh 225 km untuk sekali full charge. Harga untuk motosikal ini adalah US$ 72,499 untuk versi full spec.



Adakah anda mahu menjadi mat rempit paling PIMPED di kampung anda? Wheelies, sebuah rekaan terkini dari Thailand boleh menjadikan impian anda sebuah realiti. Wheelies ciptaan World Moto ialah rim tayar motosikal yang dilengkapi sistem LED yang mengubah rim tersebut mejadi skrin televisyen apabila ianya berputar. Pelbagai imej boleh diprogramkan kedalam rim Wheelies. Sebanyak 53 LED dipasang pada rim Wheelies bagi membolehkan ianya memaparkan imej. Buat masa ini anda boleh memilih untuk memaparkan gambar statik ataupun klip video sepanjang30 saat tetapi pihak Wheelies sedang berusaha membenarkan anda memacarkan video berterusan ke atas permukaan rim mereka. The downside is harga setiap Wheelies ialahUSD 1000 (RM 3181) dan mungkin terlalu mahal untuk dimiliki buat masa ini, 





Jumaat, 16 Ogos 2013

GEMPAR!!! Gambar Kemalangan Ustaz Azhar Idrus 

GEMPAR!!! Gambar Kemalangan Ustaz Azhar Idrus | Gambar Kemalangan Ustaz Azhar Idrus [SAKSIKAN...] 



Jumaat, 21 Jun 2013

GAMBAR SEKUMPULAN MANUSIA MEMBUNUH DIRI BERAMAI-RAMAI | Didirikan pada akhir tahun 1970-an, di bawah kepemimpinan Jim Jones, aliran pemujaan ini hidup menyendiri terpisah dari dunia di sebuah hutan di Amerika Selatan.Pada tahun 1978, anggota kongres Amerika, Leo Ryan, mengunjungi wilayah Jonestown dalam misi mencari fakta. Ketika Ryan hendak meninggalkan Jonestown, lapan belas anggota aliran pemujaan yang ingin meninggalkan aliran pemujaan itu cuba ikut menyertainya, yang membuatkan kejadian awal rusuhan.
Anggota aliran pemujaan melepaskan tembakan kepada mereka yang mencuba meninggalkan aliran pemujaan itu.
Anggota kongres Ryan, tiga orang wartawan, dan seorang anggota aliran pemujaan yang cuba untuk melarikan diri terbunuh sementara sebelas orang tercedera.Beberapa jam selepas kejadian, pemimpin puak aliran pemujaan memerintahkan anggota-anggotanya untuk membunuh diri dengan meminum potasium sianida.
Kanak-kanak meninggal terlebih dahulu manakala bayi dibunuh dengan racun yang dimasukkan ke mulut mereka.
Dalam kejadian ngeri itu, lebih dari sembilan ratus orang, termasuk kanak-kanak, meracuni diri mereka sendiri.

Khamis, 20 Jun 2013

41 Juta Sebab

Pelbagai ura-ura telah dengari mengenai  Nokia dengan peranti terbarunya yang dinama kan 'Nokia EOS', Pada 19 jun 2013 nokia telah mengeluarkan sebuah artikel mengenai '41 juta sebab untuk zoom' seterusnya menguatkan lagi ura-ura mengenai Nokia bakal menghadirkan sebuah peranti dengan kamera 41-megapixel.

Dibawah ini disertakan beberapa gambar-gambar yang tertiris untuk peranti terbaru Nokia.









Untuk makluman anda sebelum ini nokia telah pun mengeluarkan Nokia Pureview 808 dengan sensor 41-megpixel dan dijana dengan sistem operasi Symbian.





Walaubagaimanapun ini adalah ura ura awal mengenai kehadiran Peranti terbaru Nokia ini.

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!