Rabu, 27 November 2013

Pengurus the Azzuri dijangka kembali ke pengurusan kelab selepas Piala Dunia.

Pengurus the Azzuri dijangka kembali ke pengurusan kelab selepas Piala Dunia.

Pengurus Itali,  Cesare Prandelli meredakan spekulasi mengaitkan beliau dengan jawatan pengurus di AC Milan dan Juventus musim panas depan.

Milan telah mengharungi musim yang buruk setakat ini, membuatkan peranan Massimiliano Allegri di San Siro semakin dipertikaikan manakala Juventus bergelut untuk memiliki kempen yang bagus di Eropah walaupun permulaan musim domestik yang mantap.

Namun Prandelli telah menjelaskan beliau tidak akan mengambilalih tugas di San Siro atau Juventus selepas Piala Dunia musim panas nanti.

"Pergi ke Juve menggantikan Conte atau Milan menggantikan Allegri? Sudah tentu tidak," ujarnya.

Info Asal : wiselonline
Rekabentuk HTC One telah diimplementasikan pada beberapa peranti mereka, dan hari ini, pihak HTC memperkenalkan telefon pintar terbaru mereka, HTC Desire 700 di Taiwan. Peranti ini menyertakan sokongan dwi-SIM bersama-sama dengannya.
HTC Desire 700
HTC Desire 700 ini dilengkapi skrin bersaiz 5-inci (dengan resolusi 960×540 pixel), memori 1GB RAM, cip pemprosesan empat-teras 1.2GHz Qualcomm Snapdragon S4, serta kamera belakang 8-megapixel.
HTC Desire 700 ini masih tidak diketahui lagi sama ada akan diperluaskan ke pasaran global ataupun sebaliknya. Semestinya salah satu perkara yang menjadi tanda tanya adalah berkenaan dengan harga tawarannya kelak.
Mungkin kita akan dapat melihat ia menerima harga pertengahan antara HTC Desire 600 dan juga One Mini yang telah diperkenalkan di Malaysia baru-baru ini.

Info Asal : amanz
E-Volo diubahsuai dengan kokpit yang mampu memuatkan dua orang penumpang. E-Volo Velocopter kini dilengkapi 18 kipas dan seperti leluhurnya berjaya melakukan penerbangan minggu lalu. Helikopter ini masih lagi dalam fasa percubaan dan dijangka dapat terbang pada ketinggian maksimum 1981 meter dengan kelajuan 85 kilometer sejam.

Info Asal : Gizmag

Google telah pun mengumumkan sebelum ini yang mana mereka akan memperluaskan rakaman Street View di Malaysia secara berperingkat, dan terkini daripada gambar yang dikongsikan salah seorang pembaca, ia dilihat pihak Google telah mula merakamkan gambar di sekitar Sungai Melaka.
Street View - Sungai Melaka
Street View - Sungai Melaka
Sungai Melaka merupakan sungai yang terpenting semasa kerajaan Kesultanan Melayu Melaka dari tahun 1402-1511 dan selepas itu. Sungai ini mempunyai nilai sejarah yang tersendiri kerana di kiri kanan sungai ini merupakan kawasan perbandaran, penempatan, perkuburan, perniagaan, perkapalan, pelabuhan dan lain-lain sejak ratusan tahun yang lalu. (Wikipedia)
Daripada gambar yang dikongsikan, ia dilihat pihak Google menggunakan Street View Trekker dalam usaha merakamkan gambar sekitar Sungai Melaka, membolehkan ia merakamkan gambar 360-darjah menggunakannya.
Biasanya, ia akan mengambil masa beberapa bulan selepas dirakamkan untuk ia diterbitkan kepada umum di Google Maps Street View.
Dengan usaha rakaman yang telah dimulakan ini, mungkin kita akan dapat melawat Sungai Melaka terus melalui pelayar web seawal tahun hadapan.
InfoAsal : amanz

Jolla sebelum ini telah dimulakan oleh sekumpulan bekas pekerja dari Nokia, dan setelah memperlihatkan platform dan peranti mereka sebelum ini, hari ini secara rasminya mereka melancarkan peranti pertama mereka kepada umum.
Telefon pintar pertama berasaskan Sailfish OS ini akan dikenali dengan nama “Jolla”, dan kebanyakkan daripadanya telah di pra-tempah oleh pengguna seluruh dunia, dijangka akan diterima oleh mereka dalam beberapa minggu lagi.
Untuk makluman, Sailfish OS ini dibangunkan berasaskan kepada platform MeeGo daripada Nokia. Nokia sebelum ini telah menggunakannya pada Nokia N9, dan dilihat tidak menyambung pembangunannya selepas itu.
Ia boleh dikatakan Jolla masih lagi jauh jikalau dibandingkan dengan beberapa platform seperti Android, iOS, Windows Phone dan sebagainya. Namun, apa yang menariknya, Jolla sedia mempunyai peminat mereka tersendiri, selain permintaan untuknya yang agak tinggi daripada pengguna seluruh dunia.
Telefon pintar Jolla pertama ini dilengkapi dengan skrin bersaiz 4.5-inci qHD, cip pemprosesan dwi-teras Qualcomm Snapdragon, memori 1GB RAM, ruangan storan 16GB, dan juga kamera belakang 8-megapixel. Ia turut hadir dengan sokongan HERE Maps, disamping membawakan Yandex.Store untuk pemasangan aplikasi Android.
Info Asal : amanz

Pengerusi Bayern tegaskan mereka tidak merancang mendapatkan Messi.

Pengerusi Bayern Munich, Karl-Heinz Rummenigge menolak andaian mahu mendapatkan Lionel Messi kerana yakin pemain antarabangsa Argentina itu terlalu mahal untuk juara bertahan Liga Juara-juara.
 
Laporan dari Sepanyol menyebut bahawa Bayern sedia untuk memenuhi klausa penjualan €250 juta  [£209 juta] pemain Barcelona tersebut dengan presiden kehormat kelab, Franz Beckenbauer menambahkan lagi spekulasi bila menyebut Messi akan menjadi penambahan bagus untuk mereka.
 
Namun, Rummenigge menegaskan juara  Bundesliga itu tidak berhasrat menghabiskan wang untuk penyerang prolifik tersebut.
 
"Messi? Kita bercakap tentang sesuatu yang memang mengarut, yuran perpindahan yang  lebih mahal yang kami belanjakan untuk Javi Martinez. Kami tak sampai ke situ," Rummenigge memberitahu.
 
"Lagi pun saya mengenali Sandro Rosell. Barcelona sama sekali tidak akan menjual Messi. Dia adalah santo di Barcelona dan mereka tidak akan menjual dia.
 
"Dan saya fikir ia demi kebaikan Messi untuk terus berada di Barcelona. Dia cukup sesuai di situ."
 
Messi memiliki kontrak bersama Barca sehingga Jun 2018.

InfoAsal : wiselonline

HTC sedia menawarkan sokongan Blinkfeed kepada pengguna peranti mereka, dan terkini, pengeluar telefon pintar tersebut juga turut bekerjasama dengan UEFA dalam hadir dengan aplikasi FootballFeed untuk pengguna Android.
Aplikasi ini dilihat boleh digunakan oleh pengguna Android seluruh dunia, dan bukan hanya terhad kepada pengguna peranti Android sahaja. Menggunakannya, pengguna boleh mengikuti kemaskini berita berkaitan dunia bola sepak, disamping mengikuti kemaskini perlawanan, kedudukan pasukan dan sebagainya.
HTC FootballFeed
Selain itu, aplikasi ini dilihat turut menyertakan kemaskini langsung permainan ketika ia berlangsung, disamping pengguna boleh menetapkan pasukan kegemaran mereka dalam mengikuti perkembangan pasukan tersebut dengan mudah.
Bagi mereka yang meminati bola sepak, dan menggunakan peranti Android 4.1 Jelly Bean dan terkini, boleh memuat-turun aplikasi ini secara percuma daripada Google Play Store hari ini.
Info Asal : amanz

Selasa, 26 November 2013

Cinta jarak jauh bukan satu perkara yang mudah ditangani kerana apabila orang yang begitu disayangi berada jauh dari sisi, hati merindudendam dan kepercayaan terhadap pasangan harus menebal agar tidak dimamah cemburu ketika menunggu waktu untuk bersama kembali.

Ini merupakan tips yang boleh diguna pakai oleh mereka yang sedang bercinta jarak jauh dalam mengekalkan hubungan cinta masing-masing walaupun jarak menjadi penghalang.

1. Jelas dengan Harapan dan Batasan
Sebelum bermula untuk meneroka dunia cinta jarak jauh, pasangan harus mempunyai harapan dan batasan. Pada Julai 2007, Yusry terpaksa berpindah ke Kuala Lumpur kerana mendapat tawaran sebagai pengurus di sebuah syarikat swasta dengan gaji RM80 ribu setahun. Teman wanitanya, Lisa tidak boleh turut serta kerana mempunyai komitmen kerja di Johor Bahru dan mereka belum merancang untuk mendirikan rumahtangga dalam tempoh yang terdekat. Untuk memulakan perhubungan cinta jarak jauh mereka, Yusry dan Lisa membuat perjanjian untuk telefon at least sekali sehari tidak kira bagaimana sibuk pun mereka. Mereka berjanji tidak akan meluahkan masalah dengan teman lain yang berlainan jantina kerana apabila berjauhan, hati vulnerable dengan perhatian yang diberi orang lain. Jika mereka punya cuti, masing-masing akan cuba untuk berjumpa. Jadi dengan mengenalpasti harapan dan batasan, pasangan akan lebih memahami apa yang perlu dan apa yang jangan dilakukan ketika berjauhan.

2. Menghargai Kebebasan
Jangan sentiasa murung dan berteman airmata ketika berjauhan akibat

dibuai rindu yang amat sangat. Dia berada jauh dari sisi, tentu sekali perasaan rindu begitu kuat sekali tetapi jika rindu itu perlu diratap sehingga membawa mati atau sekurang-kurang membutakan mata anda sendiri, bukankah tidak wajar begitu? Ketika berjauhan daripada
pasangan anda, hargai kebebasan yang dikecapi dengan melakukan
aktiviti-aktiviti yang membuat anda ceria seperti menonton wayang
dengan teman-teman, membaca buku kegemaran ketika sunyi atau menonton
bola hingga lewat pagi. Yusry yang berjauhan dengan teman wanitanya,
dia sering menghabiskan masa dengan X-box kerana dia tahu ketika dia
bersama dengan Lisa, X-box perlu disimpan dahulu. Menghargai kebebasan ketika berjauhan akan membentuk diri anda untuk menjadi seorang individu yang matang dan dalam pada masa yang sama membina komitmen anda terhadap perhubungan.

3. Luahkan Perasaanmu
Kalau dekat-dekat terasa malu untuk meluahkan apa yang terpendam,
inilah masanya untuk intim dengan pasanganmu. Walaupun berada jauh
antara satu sama lain, kata-kata indah yang diluahkan boleh menjadi
penawar rindu anda kepada si dia. Sesekali guna balik pos biasa dengan menghantar surat cara lama kepada pasangan anda berbanding dengan emel. Nyatakan bagaimana perasaan anda terhadap pasangan anda di dalam surat itu. “Ingat lagi masa kita baru jumpa dulu? Abang tak berani pandang muka Ina. Tapi Ina suka tengok Abang malu-malu.” Luahkan apa yang terpendam dan kongsikan perasaanmu bersama si dia kerana kata-kata mampu memanah jiwa, memupuk asmara.

4. Pancawarnakan Kehidupanmu
Untuk suami isteri yang berjauhan, jangan malu bercerita tentang seks
atau berkongsi fantasi ketika berjauhan. “Kalau abang ada di rumah
sekarang, sayang nak buat apa pada abang?” Dengan berkongsi fantasi dan keinginan, pasangan suami isteri akan dihujani chemistry yang
mengujakan! Untuk mereka yang masih bujang, hantar kad yang menarik
atau kadang-kadang mungkin boleh kejutkan dia dengan kiriman bunga atau hadiah. Ketika pulang dari kerja, Zeti menjerit suka apabila terlihat sebuah bungkusan diterima daripada buah hatinya di Sarawak yang mengandungi sepasang baju dengan nota, “Aku merinduimu”.

5. Mempercayai Satu Sama Lain
Percaya perlu menebal dalam diri. Tak guna bertunjangkan cemburu dalam melayari perhubungan jarak jauh. Perasaan prasangka dan tak percaya hanya akan merosakkan perhubungan. Apabila menelefon Yusry, Lisa selalu merengek kenapa mereka terpaksa berpisah dan betapa sukarnya perhubungan jarak jauh. Daripada merungut tentang kesukaran apabila berjauhan, mulakan perbualan dengan bertanya khabar tentang dia dan apa aktiviti yang dia lakukan. Sentiasa ceria dan maintain positivity agar anda tidak bosan walaupun berjauhan.

Secara ringkasnya, bukan jarak yang menjadi sebab terputusnya hubungan, tetapi kurang memahami pasangan dan kurang komitmen dalam perhubungan sering menjadi faktor penyebab. Tidak ada apa yang perlu digusarkan apabila berjauhan jika masing-masing komited dengan pasangan masing-masing dan berusaha untuk memastikan perhubungan yang sihat dan berkekalan.

Senarai Penuh kereta yang mungkin dilupus kerana sudah mencapai umur 12 tahun .

1.Nissan Skyline GTR
2.Lambourghini Countach
3.Honda Civic 1,2,3,4,5,6 Generation
4.Mitsubishi Lancer Evolution I, II, III, IV, V, VI
5.Ferrari F355
6.Mini Austin
7.Proton Saga , Saga Iswara
8.Proton Satria first generation
9.Perodua Kancil , Rusa , Lembu ,Zirafah ,Kenari , Kelisa
10.Datsun Bahulu
11.VW Beatles
12.BMW E36
13.Nissan Vanette
14.Lori Balak mercedes

Suatu hari seorang guru bertanya kepada murid-muridnya, “Mengapa ketika seseorang sedang marah, dia akan bercakap dengan suara kuat atau berteriak?”

Seorang murid setelah berfikir cukup lama mengangkat tangan dan menjawab, “Kerana dia telah hilang sabar, oleh itu dia berteriak.”

“Tapi…” guru bertanya kembali

“Orang yang dimarahinya hanya berada dekat dengannya. Mengapa perlu berteriak? Kenapa dia tak berbicara secara lembut?”

Hampir semua murid memberikan pelbagai alasan yang dirasakan logik menurut mereka. Namun tiada satu pun jawapan yang memuaskan.

Maka guru berkata, “Ketika dua orang sedang berada dalam kemarahan, jarak antara ke dua hati mereka menjadi amat jauh walaupun secara luaran mereka begitu dekat. Oleh itu, untuk mencapai jarak yang demikian, mereka harus berteriak.

Namun anehnya, semakin kuat mereka berteriak, semakin pula mereka menjadi marah dan dengan sendirinya jarak hati yang ada di antara mereka menjadi lebih jauh lagi. Kerana itu mereka terpaksa berteriak lebih kuat dan keras lagi.”

Guru masih melanjutkan, “Sebaliknya, apa yang terjadi ketika dua orang saling jatuh cinta?

Mereka tidak berteriak, mereka berbicara dengan suara yang keluar dari mulut mereka dengan begitu perlahan dan kecil. Seperlahan bagaimana pun, kedua-duanya masih dapat mendengar dengan begitu jelas.

Mengapa demikian?” Guru bertanya sambil memerhatikan muridnya.

Mereka kelihatan berfikir panjang namun tiada seorang pun yang berani memberikan jawapan. “Kerana hati mereka begitu dekat, hati mereka tak berjarak. Sepatah kata pun tak perlu diucapkan. Sebuah pandangan mata saja cukup membuat mereka memahami apa yang ingin mereka sampaikan.”

Ketika kita sedang dilanda kemarahan, janganlah hati kita mencipta jarak. Lebih – lebih lagi mengucapkan kata-kata yang mendatangkan jarak hati diantara kita. Mungkin di saat seperti itu, diam mungkin merupakan cara yang bijaksana. Kerana waktu akan membantu kita.

Info Asal ; akuislam

Pihak saintis telah menggunakan sebuah robot kecil yang dikenali sebagai Tlaloc II-TC untuk mengkaji penemuan ratusan bebola emas misteri yang tersembunyi di dalam kamar purba rahsia yang belum pernah diterokai selama hampir 2,000 tahun yang terletak di tapak sejarah Teotihuacan, berhampiran Pyramid of the Sun.

Menurut pihak The Daily Mail, "Dinding pada bahagian dalam kamar purba itu turut dilapisi dengan sejenis lapisan iaitu pyrite, yang membantu memberikan penampilan seperti sebuah bilik emas. Pihak arkeologi menganggap bahawa bebola emas itu digunakan oleh golongan berpangkat tinggi dan bangsawan seperti paderi atau raja-raja untuk melaksankan upacara di dalam terowong tersebut."

Info Asal : penpatah

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!