Sabtu, 6 April 2013


Dzeko kata dia enggan pindah keluar dari City jika Pjanic tiba ke kelab.

Edin Dzeko berharap Manchester City mampu mencapai satu persetujuan untuk menandatangani rakan sepasukan kebangsaannya dari Bosnia and Herzegovina, Miralem Pjanic.
 
Awal bulan ini dilaporkan yang City berminat untuk mendapatkan midfielder Roma, Pjanic sebagai pengganti buat Samir Nasri, dan mencadangkan dia boleh diperolehi pada harga sekitar €25 juta.
 
Pjanic baru-baru ini berkata yang 'rasa bagus nama anda dikaitkan dengan kelab besar di Eropah', dan Dzeko kini mengesahkan yang City sedang menimbang satu perpindahan buat pemain berusia 23 tahun tersebut.
 
Ditanya samada City mampu menandatangani Pjanic, Dzeko berkata: "Saya jujurnya harap ia bakal berlaku.
 
"Saya telah syorkan Pjanic kepada Manchester City sebelum ini – mereka semua tahu tentangnya. Ada satu ketika, pengurus, Roberto Mancini tanya saya samada Pjanic adalah orang Bosnia. Saya berkata: "Semestinya dia seorang Bosnia! Saya takkan terkejut jika Pjanic datang ke City, dan saya jujurnya harap dia datang."
 
Masa depan Dzeko sendiri menjadi satu subjek signifikan, dan dia pernah bercakap tentang kemungkinan perpindahan semula ke Bundesliga pada awal tahun lalu, namun dilihat keputusannya mungkin berubah jika Pjanic tiba ke kelab.
 
Dia menambah: "Jika Mire datang ke City maka saya semestinya enggan tinggalkan Etihad."

Selasa, 2 April 2013

sekarang menjadi kawan dalam sebuah pasukan ...



2-4-2013 BAYERN ? - ? JUVENTUS

8-12-2009 JUVENTUS 1 - 4 BAYERN

30-9-2009 BAYERN 0-0 JUVENTUS

2-11-2005 JUVENTUS 2-1 BAYERN

18-10-2005 BAYERN 2-1 JUVENTUS

3-11-2004 BAYERN 0-1 JUVENTUS

19-10-2004 JUVENTUS 1-0 BAYERN
4 gelongsor air paling hebat di dunia


1. The Leap of Faith Waterslide


Ia merupakan gelongsor paling hebat . Gelongsor ini terletak di Aquaventure Water Park, Atlantis The Palm yang berada di Dubai. Gelongsor yang paling curam ini dimiliki shark lagoon di akhir tunnel transparannya. Selain itu, kawasan Aquaventure berkeluasan sekitar 17 hektar dari Atlantis The Palm dan terdapat pantai yang indah seluas 700 meter.


2. World Waterpark




Gelongsor yang kedua adalah gelongsor yang berada di dalam pusat beli-belah. Dengan keluas lebih dari 12 hektar, World Waterpark adalah ‘waterpark indoor’ terbesar di dunia. Waterpark ini dibuka untuk publik pada tahun 1986 dan berlokasi di West Edmonton Mall di Alberta, Canada. Had maksimum World Waterpark adalah 40.000 pengunjung. Gelongsor tertinggi di taman tema air ini adalah Twiter dan Cyclone dengan tinggi 25 meter.


3. Jumeirah Sceirah



Ianya merupakan gelongsor ketiga. Taman tema air ini masuk dalam 10 terbesar tarikan di Dubai. Tarikan utama dari waterpark ini adalah Jumeirah Sceirah. Dengan tinggi 33 meter dan kecepatan 80 km/jam, Jumeirah Sceirah merupakan gelongsor ‘free-fall water’ tercepat dan tertinggi selain United States.


4. Disney’s Blizzard Beach Water Park





Gelongsor keempat berada di United States. Gelongsor dengan ‘free-fall speed’ terlaju dan tertinggi yang terletak di Disney’s Blizzard Beach Water Park di Walt Disney World. Gelongsor dengan ketinggian sekitar 36 meter, Anda dapat melihat pemandangan sangat menakjubkan di Disney.



2 April 2013

PSG Barcelona
Referee: Wolfgang Stark (GER) – Stadium: Parc des Princes, Paris (FRA)

Bayern Juventus
Referee: Mark Clattenburg (ENG) – Stadium: Fußball Arena München, Munich (GER)
3 April 2013

Málaga Dortmund
Referee: Jonas Eriksson (SWE) – Stadium: La Rosaleda, Malaga (ESP)

Real Madrid Galatasaray
  Referee: Svein Oddvar Moen (NOR) – Stadium: Estadio Santiago Bernabéu, Madrid (ESP)

Kurang kualiti: Gary Lineker yakin England tiada peluang untuk menang Piala Dunia.

Gary Lineker yakin England tidak mempunyai peluang untuk memenangi Piala Dunia kerana pemain kurang keupayaan teknikal untuk berhadapan dengan pasukan terbaik di dunia.
 
Dalam penilaiannya terhadap pasukan kebangsaan, individu berusia 52 tahun itu juga yakin penyokong akhirnya akan bersetuju dengan fakta yang sukar untuk diterima itu.
 
Bekas striker England, yang menjaringkan 48 gol untuk negaranya, menulis, "Kami tak mungkin menangPiala Dunia di alam nyata ini."
 
"Pada tahap ini, untuk melayakkan diri akan diterima, dan untuk mara ke lapan terakhir akan menjadi satu pencapaian yang di luar jangkaan kami."
 
"Ketika ini kami bukan dalam kedudukan negara teratas dan kami tak boleh serius menjangka kejayaan kejohanan utama. Pemain kami tak cukup baik untuk berhadapan dengan orang-orang Brazil, Argentina dan Sepanyol."
 
"Kami tak kawal bola secukupnya, pemain kami tak teknikal dan berbakat seperti yang anda perlukan dalam usaha untuk sampai ke peringkat akhir Piala Dunia, dan - dengan pengecualian Wayne Rooney - pemain terbaik kami tak lagi di peringkat umur hebat mereka."
 
"Kawalan bola adalah prasyarat untuk mana-mana sisi aspirasi antarabangsa - ketidakupayaan kami bagi berbuat demikian adalah masalah berulang - dan jelas tidak akan ada transformasi di hadapan dengan skuad ini khususnya dalam tempoh 12 bulan akan datang."

Kolam renang terbesar di dunia, terletak di San Alfonso del Mar resort di Chile?

Panjang kolam renang yang terletak di tepi pantai ini mencapai 1 kilometer panjang, dengan keluasan 8 hektar (19.77 ekar), menyamai keluasan 20 kolam renang bersaiz olimpik. Ianya diisi dengan air laut sebanyak 66 juta gelen dan bagi yang tak tahu berenang tu, mungkin dinasihatkan berhati-hati di sini kerana kedalamannya mencapai sehingga 35 meter dalam.

Kolam renang ini dibuka pada tahun 2006 lalu dan mengambil masa selama lima tahun untuk disiapkan dengan kos pembinaan mencapai kira-kira RM3 billion. Luasnya kolam renang ini hinggakan pengunjung bukan sahaja boleh berenang, bahkan turut boleh menaiki perahu layar di sini. Ianya menggunakan sistem sedutan dan penapisan yang dikawal menggunakan komputer untuk menyedut air dari lautan pada satu sudut dan mengepamnya keluar pada sudut yang lain.












sumber : http://penpatah.blogspot.com/

Menarik perhatian: Michel Vorm telah mengagumkan sejak berpindah dari Utrecht.

Liverpool bakal membuat langkah untuk penjaga gol Swansea City, Michel Vorm pada musim panas ketika Brendan Rodgers dilihat mahu membawa masuk sehingga lima muka baru ke Anfield.
 
Masa depan Pepe Reina berada dalam keraguan musim ini dan Liverpool kini bersedia untuk mendengar sebarang tawaran terhadap warga Sepanyol berusia 30 tahun itu.
 
Rodgers menandatangani Vorm pada harga £1.5 juta semasa menjadi pengurus Swansea, namun persembahan konsisten di peringkat tertinggi bermakna mereka akan menuntut jumlah lebih tinggi kepada sesiapa yang mahu mendapatkan pemain antarabangsa Belanda tersebut.
 
Reina mungkin dalam perjalanan menggantikan Victor Valdes di Barcelona selepas dia mengumumkan awal tahun ini bahawa dia mungkin meninggalkan kelab gergasi Sepanyol itu untuk ke kelab baru.


Arsene Wenger sedia berbelanja besar bawa bintang dari Jerman.

Arsene Wenger akhirnya sedia berbelanja besar untuk menamatkan kemarau trofi Arsenal, dengan membuat pembelian £7 juta di Bundesliga.
 
Pengurus Perancis ini mengintai perpindahan musim panas untuk pasangan bintang Borussia Dortmund, Mario Gotze dan Robert Lewandowski, bersama dengan mdifielder Bayer Leverkusen,  Lars Bender. 
 
Dengan Abou Diaby sekali lagi tercedera dan Wenger sedia melepaskan sesetengah pemain pasukan utama yang bermain di bawah tahap sebenar, the Gunners terdesak untuk mencari rekrut baru di London utara.
 
Peninjau bakat Wenger telah beberapa kali berkunjung ke Bundesliga untuk meninjau pemain baru dan Wenger sedia membawa pemain berbakat bagi membantu Arsenal memenangi trofi pertama mereka sejak Piala FA tahun 2005.


Kecewa: Alexis Sanchez tidak menepati jangkaan di Barcelona.

Manchester City sedang mendahului perlumbaan mendapatkan striker Barcelona, Alexis Sanchez pada musim panas ketika kelab gergasi Sepanyol itu dilihat mahu mengetepikan pemain warga Chile yang mereka tandatangani dua tahun lalu pada harga £25 juta.
 
Pengarah sukan City, Txiki Begiristain merupakan lelaki yang membawa Sanchez ke Camp Nou dari kelab Udinese, dan dia kini memegang peranan yang sama tetapi di The Etihad.
 
Barcelona gembira untuk melepaskan pemain berusia 24 tahun, yang hanya menjaringkan tiga gol dalam semua kejohanan musim ini, sekiranya mereka boleh meraih semula sejumlah besar nilai yang dibayar untuknya.
 
Sasaran utama City adalah menandatangani Radamel Falcao, namun mereka beranggapan Sanchez mungkin menyediakan sokongan yang diperlukan untuk melancarkan cubaan ke arah gelaran yang lebih berjaya.




 Mungkin selepas mengetahui berita ini anda seharusnya mengurangkan tabiat buruk tersebut.

Seorang ibu kepada 8 orang anak, Natasha Harris, 31 tahun dari New Zealand dipercayai mati disebabkan meminum air Coca-Cola dalam kuantiti yang sangat banyak iaitu kira-kira 10 liter setiap hari. Tabiat buruk yang diamalkan beliau selama bertahun-tahun itu disifatkan oleh ahli keluarga beliau sebagai satu ketagihan yang tidak dapat dihentikan.

Tabiat meminum Coca-Cola beliau telah menyebabkan beberapa batang gigi beliau terpaksa dibuang kerana telah mereput dan salah seorang daripada anaknya lahir tanpa enamel pada giginya. Natasha yang mati pada Februari 2010 lalu dikenal pasti punca kematiannya melalui laporan bedah siasat yang dikeluarkan baru-baru ini.

Pemeriksaan tersebut mendedahkan pembesaran pada bahagian hati beliau dengan diselaputi deposit lemak yang disebabkan oleh kandungan gula yang terlalu tinggi. Selain itu, dengan tabiat meminum Coca-Cola yang berlebihan tersebut, dianggarkan pengambilan kaffein beliau menjangkau sebanyak 970 mg sehari dan gula sebanyak labih daripada 1 kilogram sehari. Bayangkan anda beli sepaket gula dan makan setiap hari, begitulah perumpaannya.
sumber : http://penpatah.blogspot.com/

Jumaat, 29 Mac 2013

Wanita dan lelaki bukan hanya berbeza dari segi jantina, malah turut berbeza dalam banyak hal... 







sumber : http://myhangat.blogspot.com/search/label/gambar%20sana%20sini#ixzz2Owp25weJ

Ferrari

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ferrari S.p.A.
JenisAnak syarikat
IndustriAutomotif
Ditubuhkan1947 (sejarahnya 1929)
PengasasEnzo Ferrari
Ibu pejabatMaranelloItali
Perancang utamaLuca di Montezemolo
Pengerusi
Piero Ferrari
Naib Pengerusi
Amedeo Felisa
CEO
ProdukKereta sport
Hasil  1,921 juta (2008)[1]
PemilikFiat S.p.A. 85%[2]
Pekerja2,926 (2007)[3]
IndukFiat S.p.A.
Laman webFerrari.com
Ferrari S.p.A. ialah kereta sport Itali yang dihasilkan di MaranelloItali. Ferrari diasaskan Enzo Ferrari pada 1929, sebagai Scuderia Ferrari, syarikat ini menaja pemandu kereta dan pengilang kereta lumba sebelum berpindah kepada penghasilan kenderaan jalanan yang sah sebagai Ferrari S.p.A. pada 1947.Sepanjang sejarahnya, syarikat ini telah terkenal dengan penyertaan berterusan dalam perlumbaan, terutamanya dalam Formula Satu, di mana ia telah mencapai kejayaan besar.Kereta Ferrari umumnya dilihat sebagai satu simbol kemewahan dan kekayaan.

Sejarah

Enzo Ferrari pada mulanya tidak berminat dalam idea penghasilan kenderaan jalanan semasa beliau membentuk Scuderia Ferrari pada 1928. Scuderia Ferrari ditubuhkan unyuk menaja pemandu amatur dan beribu pejabat di Modena.
166MM Barchetta 212/225
Kereta jalanan Ferrari pertama adalah 1947 125 S, dikuasakan oleh enjin 1.5 L V12.Enzo Ferrari dengan berat hati membina dan menjual kereta beliau untuk membiayai Scuderia Ferrari.Pada tahun 1988, sebelum meninggal dunia Enzo Ferrari telah melihat perlancaran F40 Ferrari,boleh dikatakan salah satu daripada supercars paling terkenal yang pernah dibuat.Dari 2002 hingga 2004, Ferrari memperkenalkan Enzo. Enzo adalah model Ferrari terpantas pada masa itu dan dinamakan Enzo sebagai penghormatan kepada pengasasnya, Enzo Ferrari.Ia pada mulanya ditawarkan kepada pelanggan setia dan berulang, setiap dari sejumlah 399 yang dibuat (tolak 400 yang telah didermakan kepada Vatican untuk kebajikan) mempunyai tag harga $ 650.000 seunit.

[sunting]Sukan Permotoran

Ferrari 312T2 Formula One car driven byNiki Lauda
Sejak permulaan syarikat, Ferrari telah terlibat dalam sukan permotoran, bersaing dalam pelbagai kategori termasuk Formula Satu dan lain-lain acara sukan permotoran melalui Scuderia Ferrari.Mereka juga membekalkan kereta dan enjin kepada pasukan lain. AAC 1940 815 adalah kereta lumba pertama direka oleh Enzo Ferrari, walaupun ia tidak dilencanakan sebagai model Ferrari

[sunting]Kenderaan Jalanan

[sunting]Model Semasa

Ferrari 166 Inter Coupe Touring
California458 ItaliaF12 BerlinettaFF
  • Grand tourer
  • V8 engine
  • Sports car
  • Mid engine V8
  • Grand tourer
  • V12 engine
Ferrari California1.jpgFerrari 458 Italia in London.jpg2012-03-07 Motorshow Geneva 4309.JPG2011-03-04 Autosalon Genf 1369.JPG
Model kereta pertama Ferari ialah , Ferrari 125 S.Pada tahun 1949, Ferrari 166 Inter, langkah pertama syarikat ke dalam pasaran tur besar, yang terus membuat sebahagian besar jualan Ferrari hingga ke hari ini.

[sunting]Supercars

Ferrari 250 GTO (1962) boleh dianggap yang pertama dalam baris model supercar Ferari, yang dilanjutkan kepada model Enzo dan model FXX.

[sunting]Hal ehwal korporat

[sunting]Perkongsian Teknikal

Ferrari mempunyai hubungan yang sudah lama terjalin dengan Shell.Ia adalah perkongsian teknikal dengan Ferrari dan Ducati untuk menguji serta bekalan bahan api dan minyak untuk Formula Satu, MotoGP dan pasukan perlumbaan Superbike Dunia. Sebagai contoh, Shell V-Power bahan api petrol premium telah dibangunkan dengan bertahun-tahun kepakaran teknikal di antara Shell dan Ferrari. Ferrari telah mempunyai perjanjian untuk membekalkan enjin Formula Satu beberapa pasukan lain selama bertahun-tahun, dan kini membekalkan untuk Scuderia Toro Rosso dan Sauber F1 Team

[sunting]Sejarah Jualan

Jumlah anggaran Ferrari yang dibina dan dijual dalam sejarah syarikat keseluruhannya adalah kira-kira 130 000[4].
YearSales to end customers (number of type-approved vehicles)
1234567
1999[5]3,775 
2000[6]4,070 
2001[7]4,289 
2002[8]4,236 
2003[9]4,238 
2004[10]4,975 
2005[11]5,409 
2006[12]5,671 
2007[13]6,465 
2008[14]6,587 
2009[15]6,250


Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!