Isnin, 2 Disember 2013

Tembok Besar China adalah salah satu daripada keajaiban senibina dunia.
Namanya terkenal di seluruh dunia, dan menjadi lokasi pelancongan wajib bagi sesiapa yang mengunjugi China. Tetapi adakah anda tahu dimanakah letaknya hujung Tembok China?


Tembok Besar China seperti dibangun melampaui batas kemampuan manusia. Rentetan peristiwa dan tragedi mewarnai pembinaannya, dua ribu tahun lalu, pada masa Dinasti Qing. Tembok ini dibangun atas perintah Kaisar pertama China iaitu Qin Shi Huang, untuk melindungi Kekaisaran China. Memerlukan waktu puluhan tahun iaitu dari 220-206 SM untuk menyiapkan tembok raksasa ini.
Tembok ini memanjang lebih dari 20,000 kilometer, membelah dataran luas dan gunung-ganang China.
Selain Top Lake di sebelah barat, hujung lainnya terletak di Shanhaiguan. Berada di timur China, Shanhaiguan dijuluki sebagai Old Dragon`s Head atau disebut juga Laolongtou. Hujungnya terapung di permukaan Laut Bohai. Tempat ini juga menjadi destinasi pelancongana kerana di atasnya terdapat menara pemantau dan sebuah kuil.
Shanhaiguan atau Shanhai Pass berlokasi dekat Kota Qinhunangdao, 300 kilometer sebelah timur Beijing. Shanhai Pass memanjang 5 kilometer, bermuara langsung ke laut Bohai.







angola

Kalau sebelum ini tao ada bagi tau kisahnya masjid di filipina di robohkan, kali ini pula masjid-masjid di negara ANGOLA mula di robohkan apabila , negara tersebut menjadi negara pertama di dunia yang memutuskan untuk melarang perkembangan agama Islam dan komuniti Muslim di negara tersebut. Kerajaan mereka kini sedang mengambil langkah menghancurkan masjid-masjid di negara berkenaan.




Presiden Angola, Jose Edurado dos Santos dipetik sebagai berkata, kini tiba masanya pengaruh Islam berakhir di negaranya.



Sementara itu Rosa Cruz de Silva , Menteri Kebudayaan Angola berkata , tindakan itu diperlukan bagi membanteras ibadah yang ‘bertentangan’ dengan budaya penduduk di negara itu.
” Masjid akan ditutup sampai pemberitahuan lebih lanjut , ” katanya.



DALAM perkembangan berkaitan, Ikatan Muslimin Malaysia mengecam sekeras-kerasnya tindakan kerajaan Angola mengharamkan Islam, menutup masjid-masjid dan merobohkan sebahagiannya.
“Tindakan mereka tidak masuk akal dan sangat melampau. Tindakan mereka tidak bertamadun bahkan amat bertentangan dengan hak-hak asasi manusia yang sering mereka laungkan selama ini,” demikian tegas Naib Presiden I ISMA, Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni.
Jelasnya, dalam konteks ini kerajaan Angola tidak boleh mengkategorikan Islam sebaris dengan ratusan agama-agama palsu ciptaan masyarakat di Angola yang juga telah diharamkan.
“Sedangkan Islam adalah salah satu dari agama besar dunia dan telah diiktiraf oleh masyarakat dunia sedemikian rupa.
“Jika hendak dibandingkan dengan agama-agama besar dunia lain seperti Kristian, Hindu, Yahudi dan Buddha, Islam dilihat lebih sempurna ajarannya,” ujar Ustaz Fauzi.
Mengulas lebih lanjut katanya, dakwaan bahawa Islam hanyalah ritual pemujaan dan pendatang yang melakukan jenayah pemalsuan dan pembersihan wang haram rata-rata adalah orang Islam adalah tuduhan yang tidak berasas.
Bahkan mengaitkan orang Islam Angola dengan kumpulan al-Qaedah juga tidak pernah dibuktikan oleh pihak kerajaan.
Sebenarnya jelas Ustaz Fauzi, tindakan kerajaan Angola itu dilihat hanyalah kesinambungan dari siri-siri kebencian kerajaan Kristian itu terhadap perkembangan dakwah Islam yang sedang meningkat naik di Angola.
Justeru, beliau meminta seluruh umat Islam di Malaysia mengambil iktibar dari pendirian kerajaan Angola tersebut dan berusaha untuk memahami tabiat sebenar pertembungan di antara Islam dan musuh Islam.
“Umat Islam perlu mempertahankan Islam di mana juga mereka berada. Doa kita kepada umat Islam di Angola agar tidak menyerah kalah dengan pendirian kerajaan tersebut,” katanya kepada wartawan ISMA.



Assalammu’alaikum kepada pembaca yang dirahmati Allah,
TRAUMA akibat perang yang sudah tercetus lebih enam dekad ini sebenarnya tidak dialami oleh penduduk Palestin sahaja.Sebaliknya, tentera bersekutu terutamanya tentera Zionis turut mengalami tekanan psikologi yang serius hinggakan ada yang terdorong untuk membunuh diri.
Dalam satu penyelidikan yang dijalankan sekumpulan profesor Israel dari Pusat Trauma Israel bagi Mangsa Keganasan dan Perang, Universiti Tel Aviv dan Universiti Haifa yang diketuai Dr. Avi Bleich mendapati tentera Israel mengalami tekanan emosi, gangguan psikologi dan trauma selepas berperang dengan penduduk Palestin.

“Dalam kajian kami, askar Israel yang terlibat dalam operasi ketenteraan terhadap penduduk Palestin mengalami gangguan rasa bersalah, tidak senang hati, bencikan diri sendiri dan menyesal kerana tidak pasti apakah mereka berada pada pihak yang benar.
“Walaupun kajian ini memberikan tumpuan kepada veteran perang yang terlibat ketika Intifada kedua dan meninggalkan perkhidmatan sejak 10 tahun lalu, namun hasil temu bual yang dijalankan saya yakin tidak jauh bezanya dengan trauma yang dihadapi tentera hari ini.


“Selepas menemu bual hampir 230 anggota tentera lelaki dan wanita, kebanyakannya berasa berbelah bagi mengenai kebenaran moral tugas mereka.
“Dianggarkan separuh daripada tentera di sempadan menyesal kerana bersikap ganas terhadap orang awam, satu per tiga daripadanya mengaku melakukan jenayah manakala 17.4 peratus menyedari tingkah laku mereka memalukan.
“Paling mereka kesalkan, mereka terpaksa menyerang dan membunuh orang awam tanpa alasan yang kukuh.
“Pernah seorang bekas tentera menangis sambil memberitahu saya, dia diarah menangkap kanak-kanak kerana mahukan maklumat tentang keluarganya yang terlibat dengan Al-Qassam.
“Semasa dalam tahanan, kanak-kanak yang baru mencecah umur lapan tahun ini merayu supaya mengasihaninya, jangan meliwatnya dan jangan membunuhnya,” kata Bleich.
Tambahnya lagi, walaupun telah lama meninggalkan Palestin, kebanyakan tentera masih trauma dan tidak mendapatkan bantuan psikologi.
“Tidak hairanlah mengapa sejak tahun 1980 hingga hari ini ribuan tentera Israel memilih untuk membunuh diri,” katanya.
sumber: Kosmo!

Ahad, 1 Disember 2013

Pregnancy, pregnant woman
London: Seorang wanita menerima pampasan lumayan selepas mahkamah menganugerahi pampasan kerana kecuaian pakar perbidanan menyebabkan kandungannya gugur akibat ditimpa botol air mineral.
Joanna Budzikowska, 28, mendapatkan rawatan pakar selepas mendapati bayinya tidak bergerak-gerak apabila dia secara tidak sengaja menjatuhkan sebotol air mineral di perutnya pada 31 Ogos 2011.
Bidan pelatih yang memeriksa Joanna di Hospital St Michael’s, Bristol, merekodkan kandungannya selamat dan aktif.
Bagaimanapun dua minggu kemudian Joanna mengalami sakit perut sebelum dimaklumkan bayi itu sudah meninggal dunia.
Mahkamah Tinggi London dimaklumkan bayi itu mungkin dapat diselamatkan jika tindakan awal diambil untuk merawatnya.
Sehubungan itu, Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan yang menyediakan khidmat perbidanan di hospital berkenaan mengakui bertanggungjawab atas kejadian itu bersetuju membayar sejumlah pampasan yang tidak didedahkan namun dianggar berjumlah £100,000 (RM528,000).
Peguam Joanna, Andrew Bowman berkata anak guamnya mengalami trauma akibat kejadian itu malah terpaksa melalui kesakitan selama 20 jam untuk melahirkan anaknya yang sudah mati.

Malah, katanya, wanita itu masih menerima rawatan psikologi disebabkan kejadian itu.
“Pampasan dipersetujui di Mahkamah Tinggi menggambarkan keperitan dilalui mangsa akibat kejadian itu, selain dapat digunakan untuk rawatan psikologi yang masih diberi kepadanya,” katanya.

- Agensi
Kuala Lumpur: Anaknya diajar memanggilnya abang, manakala dia membahasakan si kecil itu adik. ‘Skrip’ itu direka seorang lelaki bagi menutup aib keluarganya yang berketurunan Syed selepas dia terlanjur dengan kekasihnya hingga gadis itu melahirkan anak tak sah taraf, dua tahun lalu.
Ibu bapanya pula memberitahu jiran terdekat, kanak-kanak yang dijaga keluarga itu di rumah mereka di Melaka adalah anak angkat yang diambil daripada keluarga daif. 
Lakonan itu terpaksa dicipta Syed Haiqal, 22, selepas dia mengambil tanggungjawab membesarkan zuriatnya dengan bantuan keluarganya selepas kekasihnya enggan menerima kelahiran Haziq, 2.

Menurut Haiqal, segala-galanya bermula apabila dia menjalin hubungan dengan Ziera, 22, ketika sama-sama menuntut di sebuah kolej di ibu negara.

Foto
                                             HAIQAL menyesali dosa silamnya.

Kemesraan mereka berdua bukan setakat di kolej sebaliknya berakhir di ranjang, malah pada tahun kedua pengajian, mereka sanggup menyewa bilik dan tinggal bersama.

Sabtu, 30 November 2013

 Paul Walker: Dead at 40 in tragic car accident.

Pelakon Fast And Furious Paul Walker meninggal dunia dalam kemalangan yang boleh dikatakan agak ngeri la, kemalangan berlaku selepas kereta dia hilang kawalan dan terus langgar pokok dan keretanya meletup..kereta yang  dipandu kereta  Porsche Carrera GT  (Sama macam kereta aku dalam NFS world)

Keadaan kereta beliau





First responders gather evidence near the wreckage of a Porsche sports car.



video kemalangan beliau.





keadaan kereta beliau sebelum kemalangan, Ps:gambar terakhir kereta beliau sebelum kemalangan

View image on Twitter
Sebelum-sebelum ini memang banyak kita membaca tentang kisah ayam yang disembelih tidak mati dan sebagainya. Namun satu kejadian yang terjadi terhadap seorang suri rumah nyaris memasak kari ayam berkaki empat apabila dia terbeli ayam yang mempunyai empat kaki. Didapati dua daripada kakinya tumbuh di bahagian punggung ayam tersebut. Hasnah Yahya, 48, berkata, dia membeli ayam itu di sebuah gerai menjual ayam di Chabang Tiga Berangan di sini, untuk dijadikan kuah roti jala pada hari raya kedua lalu.




“Saya ke gerai ayam itu membeli dua ekor ayam untuk dijamu kepada sanak saudara. Masa membeli ayam ini memang saya tidak perasan ia mempunyai empat kaki.”

“Mungkin masa itu ramai pelanggan, beratur panjang juga saya untuk mendapatkan dua ekor ayam ini, cuma seekor sahaja yang berkaki empat,” katanya. Bagaimana pun Hasnah berkata, dia menyedarinya selepas menyediakan rempah di dapur untuk memasak kari ayam dan ketika menyiang ayam terbabit dia terpegang kaki ayam itu. “Terkejut saya seketika dengan penemuan pelik ini kerana seumur hidup saya ini pertama kali saya melihat ayam berkaki empat. Tetapi sayang ia sudah disembelih, kalau tidak mungkin ayam ini akan dipelihara,” katanya.

Menurutnya, walaupun sebelah kaki ayam itu terpotong, dia tidak meneruskan hasratnya untuk memasak kari ayam pada hari tersebut. “Saya batalkan niat untuk memasak kari ayam berkaki empat ini kerana khuatir tidak berselera untuk menjamah. “Ayam pelik ini seberat dua kilogram yang dibeli dengan harga RM10 diberikan kepada saudaranya dan sehingga kini masih disimpan di dalam peti sejuk,” katanya.


iNFO aSal : penpatah

Kita sering mendengar tentang jenayah domestik yang berlaku kerana pasangan yang baran. Ada yang ditumbuk kerana bangunkan suami solat subuh. Ada yang kena sepak kerana lambat bangunkan sumai untuk sahur ketika ramadan. Hari ini mari membaca kes wanita mengandung dikasari kerana beberapa ketul nugget ayam. Kareem Gordon (28) dari Orlando Florida ditahan polis kerana mengasari adik beliau yang sedang mengandung. Adik beliau dikasari kerana memakan beberapa ketul nugget ayam yang dimasak oleh beliau. Kerana marah ayam nugget beliau "dicuri" oleh adik beliau, Kareem dikatakan menolaknya sehingga terjatuh. Kareem kini ditahan di dalam penjara tanpa ikat jamin kerana mempunyai rekod melakukan keganasan rumah tangga terhadap isteri beliau sebelum ini. Inilah dunia moden. Bergaduh kerana benda remeh!

















iNFO aSAL : Click Orlando
Mungkin ramai sedia mengenali permainan Clash of Clans yang dimainkan ramai pemain seluruh dunia. Selain Clash of Clans, satu lagi permainan menarik yang turut telah ditawarkan oleh pembangunnya adalah Hay Day.Hay Day
Hay Day memfokuskan kepada pertanian dan penternakan, memerlukan pemain untuk bercucuk tanam, membela binatang dan seterusnya menjual hasil daripadanya kepada yang lain.
Untuk mereka yang meminati permainan seperti FarmVille dan sebagainya sebelum ini, mungkin turut boleh mencuba permainan Hay Day ini, yang ditawarkan secara percuma untuk pengguna Android dan juga iOS.

Info Asal  : amanz

Vadillo bintang sedang menyinar dalam bola sepak Inggeris

Pemain sayap Real Betis, Alvaro Vadillo berminat dengan perpindahan di bulan Januari ini ke Arsenal, seperti yang didedahkan ejennya.
Pemain berusia 19 tahun itu dianggap  bintang yang sedang menyinar dala bola sepak Sepanyol dan difahamkan Arsenal antara kelab yang berminat mendapatkannya.
Dan mengesahkan spekulasi potensi perpindahan ke London utara tahun baru ini, ejen Vadillo mendedahkan kliennya memang mahu menyertai the Gunners.
‘Arsenal masih belum hubungi saya tapi sudah tentu Alvaro mahu bermain untuk Arsenal,’ ujar  Jose Maria Sanchez de Puerta.
‘Dia pemain yang akan mendatangkan kos yang tinggi di masa depan dan dikaitkan dengan kelab seperti Arsenal sememangnya lumrah.’
Vadillo sebelum ini dikaitkan dengan perpindahan ke Tottenham di penghujung jendela perpindahan musim panas lepas, namun difahamkan beliau hanya mahu meninggalkan Betis untuk aksi di Liga Juara-juara.
Info Asal : wiselonline
Kontrak semasa midfielder ini tamat hujung musim ini.


Bekas midfielder Juventus, Marco Tardelli menyarankan Andrea Pirlo untuk menyerlah di Liga Perdana Inggeris ketika spekulasi mengenai masa depannya berterusan.
 
Pemain berusia 34 tahun itu kini di tahun ketiga dan terakhir dalam kontraknya bersama the Bianconeri, dengan kelab mengesahkan tiada rundingan akan dilakukan sebelum berakhirnya jendela perpindahan Januari. 
 
Dan Tardelli merasakan Pirlo harus menguji dirinya berdepan dengan permainan fizikal bola sepak Inggeris sebelum menamatkan karier permainannya.
 
"Andrea istimewa dan sentiasa tegas," Tardelli memberitahu. "Ia bukan hanya sepakan percuma sahaja yang menjadi kelebihan dia, jika dia bermain, seluruh pasukan akan meningkat. 
 
"Ia rumit dan keputusan peribadi. Ia mengandaikan saya akan menyarankan Andrea mencuba bola sepak Inggeris … Pirlo agak dikenali di situ."
 
Ditanya siapa yang akan mendapat undian beliau untuk Fifa Ballon d'Or nanti, Tardelli menambah: "Pirlo. Tapi saya fikir Cristiano Ronaldo yang akan memenanginya."

Info Asal : wiselonline
 

Rabu, 27 November 2013



Peranti LG G Flex merupakan sebuah peranti keluaran daripada LG yang boleh dilabel kan sebagai peranti 'Flagship'. LG G Flex dikuasakan dengan pemprosesan Snapdragon 800 Quad core 2.2ghz,,dan ram sebesar 2gb. Apa yang menarik tentang peranti ini adalah skrin yang melengkung, dan badan perantinya yang berkeupayaan 'SELF HEALING'. Peranti ini boleh menghilang kan calar yang terdapat pada badan nya dalam beberapa saat.. lihat video dibawah

masa kecik tak nak mampus dah besar menyusahkan orang lain....macam ni lah keadaan kalau nak buat jahat pon bodoh.. nak buat jahat pon kene ade ilmu ye..tengok video bawah ni



Gambar ini tersebar selepas pihak inspektor kesihatan telah memutuskan yang kedai QFC atau Queasy Fried Chicken sebagai kedai paling kotor di London. Kedai itu terus ditutup sehingga dibersihkan dan tidak boleh dijual beli sebelum pihak berkuasa memutuskannya. 




sumber:Penpatah


SOLAT HAJAT HALAU LANGSUIR DI KELANTAN | KOTA BHARU – Penduduk di beberapa kampung di Pasir Puteh dan Jerteh yang pernah terlibat dengan kemunculan langsuir sebelum ini diminta melakukan solat hajat beramai-ramai bagi memastikan kampung mereka aman semula.

Pengerusi Darussyifa’ Kelantan, Zaki Ya berkata, orang ramai juga diminta bertenang menghadapinya dan mencari punca sebenar dari mana langsuir itu boleh wujud.

“Ia (langsuir) mahkluk ALLAH SWT dan kita perlu kembalikannya kepada yang asal (ALLAH SWT) dengan sebaik-baiknya melakukan solat hajat beramai-ramai,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, di sini, semalam.

Sinar Harian semalam melaporkan, langsuir dikatakan mengganggu penduduk di beberapa kampung di Pasir Puteh termasuk di Kampung Gong Tinggi, Gong Pasir, Kampung Tasek, Gong Lapang (Pasir Puteh) dan Kampung Penaga Putar (Jerteh).

Mengulas mengenai dakwaan seorang bomoh dari Kampung Gong Manak yang menangkap dan memasungkan langsuir itu di tempat khusus, beliau berkata, sebagai manusia sesiapapun tidak boleh menangkap makhluk halus kerana ia adalah halus dan tidak berjasad serta sukar untuk ditangkap.

“Makhluk halus ini boleh boleh masuk melalui dinding, jika dari botol ia boleh keluar kerana sangat halus, jadi kita perlu pulangkannya kepada yang asal (ALLAH SWT) dengan melakukan solat hajat,” katanya.

Menurutnya, kerjasama dalam kalangan penduduk buat masa ini amat penting dan mereka perlu bertenang serta mengelak keluar pada waktu malam.

“Darussyifa’ mengalu-alukan jemputan orang kampung untuk mengadakan rawatan dan solat hajat secara berkumpulan bagi mengatasi masalah yang menyelubungi penduduk.

“Usah terlalu percaya perkara itu kerana jika terlalu percaya, hati kita dapat dihidu oleh makhluk halus, ALLAH SWT akan menguji kita dan ALLAH SWT akan menampakkannya kepada kita. Kalau kita buat tidak tahu, makhluk halus juga tidak mahu mendekati,” katanya.

Sinar Harian Online

Pengurus the Azzuri dijangka kembali ke pengurusan kelab selepas Piala Dunia.

Pengurus the Azzuri dijangka kembali ke pengurusan kelab selepas Piala Dunia.

Pengurus Itali,  Cesare Prandelli meredakan spekulasi mengaitkan beliau dengan jawatan pengurus di AC Milan dan Juventus musim panas depan.

Milan telah mengharungi musim yang buruk setakat ini, membuatkan peranan Massimiliano Allegri di San Siro semakin dipertikaikan manakala Juventus bergelut untuk memiliki kempen yang bagus di Eropah walaupun permulaan musim domestik yang mantap.

Namun Prandelli telah menjelaskan beliau tidak akan mengambilalih tugas di San Siro atau Juventus selepas Piala Dunia musim panas nanti.

"Pergi ke Juve menggantikan Conte atau Milan menggantikan Allegri? Sudah tentu tidak," ujarnya.

Info Asal : wiselonline
Rekabentuk HTC One telah diimplementasikan pada beberapa peranti mereka, dan hari ini, pihak HTC memperkenalkan telefon pintar terbaru mereka, HTC Desire 700 di Taiwan. Peranti ini menyertakan sokongan dwi-SIM bersama-sama dengannya.
HTC Desire 700
HTC Desire 700 ini dilengkapi skrin bersaiz 5-inci (dengan resolusi 960×540 pixel), memori 1GB RAM, cip pemprosesan empat-teras 1.2GHz Qualcomm Snapdragon S4, serta kamera belakang 8-megapixel.
HTC Desire 700 ini masih tidak diketahui lagi sama ada akan diperluaskan ke pasaran global ataupun sebaliknya. Semestinya salah satu perkara yang menjadi tanda tanya adalah berkenaan dengan harga tawarannya kelak.
Mungkin kita akan dapat melihat ia menerima harga pertengahan antara HTC Desire 600 dan juga One Mini yang telah diperkenalkan di Malaysia baru-baru ini.


Info Asal : amanz
E-Volo diubahsuai dengan kokpit yang mampu memuatkan dua orang penumpang. E-Volo Velocopter kini dilengkapi 18 kipas dan seperti leluhurnya berjaya melakukan penerbangan minggu lalu. Helikopter ini masih lagi dalam fasa percubaan dan dijangka dapat terbang pada ketinggian maksimum 1981 meter dengan kelajuan 85 kilometer sejam.




Info Asal : Gizmag

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!