Sabtu, 23 Mac 2013


Pemain warga Itali telah diketepikan akibat masalah bahu, namun mungkin kembali musim ini.

Striker Liverpool, Fabio Borini mungkin kembali daripada kecederaan bahu sebelum akhir musim ini, demikian menurut ketua prestasi kelab, Glen Driscoll.
 
Pemain antarabangsa Itali, Borini mengalami kecederaan semasa menentang Swansea bulan lepas, namun Driscoll yakin pemulihan pemain berusia 21 tahun itu daripada pembedahan adalah lebih awal daripada jadual.
 
"Fabio Borini keluar buat pertama kalinya hari ini, jadi dia memulakan perkembangan - hantaran bola, berlari dan melakukan kerja bola," kata Driscoll di laman web rasmi kelab.
 
"Dia dijangka ada mungkin enam minggu lagi dari saat ini."
 
"Kecederaan yang dia alami biasanya lapan hingga 12 minggu. Dia pulih agak cepat."
 
"Ketika ini, ia dilihat agak positif untuk Fabio kembali lebih awal daripada jadual dan mungkin dia akan beraksi pada akhir musim."

Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!