Isnin, 25 Mac 2013


Gundogan dikaitkan dengan Barcelona dan Real Madrid sejak akhir-akhir ini.

Bekas jurulatih Nuremburg, Michael Oenning telah menasihatkan sensasi Borussia Dortmund iaitu Ilkay Gundogan untuk kekal dalam jangkamasa terdekat, ketika khabar angin perpindahan ke Sepanyol terus dispekulasikan.
 
Gundogan dikaitkan dengan Barcelona dan Real Madrid sejak akhir-akhir ini, namun Oenning - yang menyelia pembangunan pemain antarabangsa Jerman antara 2009-2011 - yakin satu langkah ke salah satu daripada dua kuasa Sepanyol itu hanya boleh menjejaskannya.
 
"Di mata saya, langkah ke Barcelona adalah terlalu awal baginya," kata bos berusia 47 tahun. "Dia baru berusia 22 tahun. Dia boleh fikir tentang langkah itu sekali lagi apabila dia 25 atau 26."
 
"Apa yang datang kepadanya di Barca? Orang ramai di Borussia benar-benar harus menyalakan lilin setiap hari. Tiada apa yang lebih baik untuk kelab ini selain bermain di bawah (jurulatih) Jurgen Klopp."
 
Midfielder itu telah mencipta namanya sebagai tulang belakang juara Jerman sejak langkah €5.5 juta ke Signal Iduna Park, namun Oenning mendakwa dia tidak terkejut dengan prestasi yang ditunjukkan oleh bekas pemainnya.
 
"Saya beritahu Ilkay selepas sesi latihan pertama kami bersama-sama yang dia akan berkembang menjadi pemain dengan potensi besar," jelasnya. "Dia hanya memandang saya."
 
"Budak itu ada segala-galanya, dan jauh daripada berada di akhir pembangunan pada usia 22 tahun."

Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!