Pemain pertahanan Newcastle, Davide Santon mengakui beliau akan serius memikirkan untuk meninggalkan kelab jika Milan mengemukakan tawaran untuknya.
Pernah bermain di San Siro sebelum ini, untuk pasukan musuh utama, Inter, pemain Itali ini akan gembira dapat kembali ke Milan, kelab yang disokongnya sejak dari kecil.
Begitu pun pemain berusia 22 tahun menyatakan bahawa dengan beliau dan tunangnya sedang menantikan kelahiran anak pertama mereka, beliau gembira menetap di North East dan bermain untuk the Magpies
"Saya sangat gembira di Newcastle. Saya sukakan bandarnya, kelab dan atmosfera," Santon memberitahu.
"Saya juga tunangan Chloe dan kami menantikan cahaya mata di bulan Mei ini.
"Kepulangan ke Itali? Di Newcastle, saya adalah raja dan saya ada kontrak hingga 2016.
"Tapi saya telah mendengar minat dari Milan terhadap saya dan ia sangat menggembirakan kerana saya telah menjadi peminat Milan sejak saya kecil.
"Saya tak pasti apa akan berlaku jika sebuah lagi kelab Itali mahukan saya tapi saya serius memikirkan tentang mengemaskan beg saya untuk Milan."
|
Sabtu, 23 Mac 2013
11:42 PTG
No comments
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan