Mamadou Sakho berkata Paris Saint-Germain akan mensasarkan untuk memenangi Liga Juara-juara selepas layak ke peringkat suku akhir buat kali pertama sejak tahun 1995.
Kelab Ligue 1 itu mungkin tidak memiliki status kelab terhebat Eropah namun pemilik mereka dari Qatar telah pun membiayai pembentukan sebuah skuad yang berbakat.
Dan walaupun PSG tidak menjelaskan aspirasi mereka di Liga Juara-juara musim ini, pemain pertahanan versatil tersebut telah pun mendedahkan bahawa pasukan Carlo Ancelotti mahu memenangi trofi kejohanan.
"Sasaran sekarang ialah untuk memenanginya," Sakho memberitahu.
"Ia pengembaraan hebat yang kami lalui di Liga Juara-juara. Ia berjalan lancar ketika ini [dand saya] berharap ia berterusan untuk dua bulan akan datang."
Pemain berusia 23 tahun itu tidak menghiraukan kualiti pasukan yang masih ada dalam kejohanan, menambah: "Saya tak memilih untuk undian akan datang tapi Paris-Barcelona tidak akan menjadi masalah."
sumber : http://www.wiselonline.com
| |
Jumaat, 15 Mac 2013
1:59 PG
No comments
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan