Anzhi Makhachkala kecewa dalam usaha mereka memujuk Fernando Torres untuk meninggalkan Chelsea dan berpindah ke Russia musim panas ini.
Pemain Sepanyol itu akan menunggu apakah nasibnya di Stamford Bridge sebelum memikirkan pilihan yang ada namun lebih selesa berpindah ke Itali atau Sepanyol jika meninggalkan Liga Perdana Inggeris.
Chelsea membelinya sebanyak £50 juta pada Januari 2011 namun beliau tidak pernah serasi dalam jersi biru dan ketika ini sekali lagi mengalami kemarau gol.
Gol terakhirnya di Liga Perdana Inggeris telah dijaringkan pada Disember lepas, semasa kelab membelasah Aston Villa 8-0.
Sejak dari itu beliau menjaringkan gol menentang Brentford dan Middlesbrough di Piala FA, walaupun gol terakhirnya itu lebih kepada gol terbias terkena badannya, berpunca dari percubaan Ramires.
sumber : http://www.wiselonline.com
| |
Khamis, 14 Mac 2013
2:54 PG
No comments
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan