Selasa, 2 April 2013


Kecewa: Alexis Sanchez tidak menepati jangkaan di Barcelona.

Manchester City sedang mendahului perlumbaan mendapatkan striker Barcelona, Alexis Sanchez pada musim panas ketika kelab gergasi Sepanyol itu dilihat mahu mengetepikan pemain warga Chile yang mereka tandatangani dua tahun lalu pada harga £25 juta.
 
Pengarah sukan City, Txiki Begiristain merupakan lelaki yang membawa Sanchez ke Camp Nou dari kelab Udinese, dan dia kini memegang peranan yang sama tetapi di The Etihad.
 
Barcelona gembira untuk melepaskan pemain berusia 24 tahun, yang hanya menjaringkan tiga gol dalam semua kejohanan musim ini, sekiranya mereka boleh meraih semula sejumlah besar nilai yang dibayar untuknya.
 
Sasaran utama City adalah menandatangani Radamel Falcao, namun mereka beranggapan Sanchez mungkin menyediakan sokongan yang diperlukan untuk melancarkan cubaan ke arah gelaran yang lebih berjaya.

Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!