Sabtu, 6 April 2013


Pemain yang dilupakan ... Kevin De Bruyne.

Chelsea sedia menawarkan Bayer Leverkusen £12 juta beserta Kevin de Bruyne untuk mendaratkan Andre Schurrle.
 
Sumber Jerman malam tadi menegaskan Leverkusen kini bersedia untuk menjual striker, 22, yang mana pernah membintangi skuad Jerman pada Euro 2012.
 
Percubaan pertama Blues untuk menandatangani Schurrle musim panas lepas telah ditolak. Namun TheLondoners sudah bersedia untuk menjadikan dia pembelian pertama mereka musim ini.
 
Bintang kecil Belgium berusia 21 tahun, De Bruyne telah menghabiskan musim ini secara pinjaman di Werder Bremen selepas menyertai Chelsea dari Genk pada harga £7.5 juta.
 
Dia telah mengagumkan, menjaringkan enam gol dan membuat tujuh assist dalam 27 aksi Bundesliga.
 
Borussia Dortmund juga turut mengejar De Bruyne tetapi nampaknya Leverkusen mempunyai kelebihan memandangkan minat lama Chelsea.
 sumber : http://www.wiselonline.com/News.asp?newsid=14193
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!