Selasa, 2 April 2013


Menarik perhatian: Michel Vorm telah mengagumkan sejak berpindah dari Utrecht.

Liverpool bakal membuat langkah untuk penjaga gol Swansea City, Michel Vorm pada musim panas ketika Brendan Rodgers dilihat mahu membawa masuk sehingga lima muka baru ke Anfield.
 
Masa depan Pepe Reina berada dalam keraguan musim ini dan Liverpool kini bersedia untuk mendengar sebarang tawaran terhadap warga Sepanyol berusia 30 tahun itu.
 
Rodgers menandatangani Vorm pada harga £1.5 juta semasa menjadi pengurus Swansea, namun persembahan konsisten di peringkat tertinggi bermakna mereka akan menuntut jumlah lebih tinggi kepada sesiapa yang mahu mendapatkan pemain antarabangsa Belanda tersebut.
 
Reina mungkin dalam perjalanan menggantikan Victor Valdes di Barcelona selepas dia mengumumkan awal tahun ini bahawa dia mungkin meninggalkan kelab gergasi Sepanyol itu untuk ke kelab baru.

Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!