Isnin, 25 November 2013


Martin Kafando from PerakNewsPemain pertahanan Burkino Faso menjadi pemain import pertama yang menandatangani kontrak untuk bermain dengan pasukan Perak dalam Liga Super musim depan.
Pemain yang berumur 25 itu berjaya menambat hati pihak pengurusan skuad Seladang kerana komitmen dan keserasian yang ditunjukkannya semasa perlawanan persahabatan baru-baru ini.
Pengurus Perak, Datuk Azhar Ahmad berkata, pemain ini telah mempamerkan persembahan menarik tetapi masih terlalu awal untuk menilai kemampuan sebenarnya.
Sehubungan itu, katanya, pihak Kesatuan Bolasepak Perak (PAFA) bersetuju untuk menandatangani kontrak setahun bersama pemain ini.
“Jika prestasinya bagus dan memberansangkan mungkin kita akan sambungkan lagi kontraknya bersama pasukan Perak,” katanya di majlis menandatangani kontrak dengan pemain itu di pejabatnya di Ipoh pada Isnin.
Selain Kafando, Perak juga telah mendapatkan lagi seorang pemain import dari kapten skuad Myanmar, Kyaw Zayar Win yang masih menunggu pengesahan visa dari pejabat kedutaan Mynmar.
Azhar berkata, kontrak pemain itu akan ditandatangani sebaik sahaja selesai urusan penyediaan visanya.
Menurutnya, Perak juga akan mencari seorang lagi pemain import dari luar Asia untuk mengisi posisi penyerang yang akan diumumkan tidak lama lagi.
Info Asal : PerakNews.
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!