Selasa, 26 November 2013

Biasanya bas ialah pengangkutan awam yang paling bosan yang boleh anda naiki. Kalau pergi melancong dan naik bas persiaran perjalanan jadi bosan kerana terlalu lama, tak ada aktiviti menarik dan pemandu pelancong yang tidak informatif. Star Fighter Tour ialah idea bernas Willer Express yang berpengkalan diJepun yang pastinya akan mengubah semua ini. Star Fighter tour menggunakan bas yang mempunyai hiasan dalaman seperti sebuah kapal angkasa. Sepanjang perjalanan dari satu destinas ke destinasi yang lain anda akan merasakan anda sedang mengembara di angkasa lepas. Bas ini tidak mempunyai tingkap dan jika anda melihat keluar anda akan melihat angkasa lepas yang dipaparkan pada skrin LCD. 

Penumpang juga boleh bermain permainan video yang dikawal megggunakan kayu ria. Star Fighter tour mempunyai beberapa pakej seperti melawat Tsukuba Space Centerdan National Museum of Emerging Science and Innovation. Jadi perjalanan ke muzium angkasa lepas ini pastinya lebih seronok dengan menaiki bas yang memberikan ilusi anda mengembara di dalam kapal angkasa Tambang menaiki Star Fighter Tour ialah diantara RM 73 sehingga RM 254 seorang bergantung kepada destinasi yang dipilih anda.



Info Asal : rocketnews24
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!