Selasa, 26 November 2013

Ulang siar bagi yang tidak mendapat maklumat lengkap atau masih tertanya tentang status TRWFC 2014 :

1) 24 daripada 25 pemain sudah diumumkan sebentar tadi, iaitu 10 pemain baru, 12 yang kekal dan dua dari skuad Piala Presiden. Pemain ke-25, akan kita muktamadkan nanti kerana masih ada tempoh sebelum tarikh tutup pndaftaran pada 17 Disember depan. Seperti kata Tan Sri, mana tahu dalam tempoh tersebut kita terjumpa 'emas' untuk dibawa pulang. 

2) 10 pemain yang dibawa masuk : Amar Rohidan, Tg Hasbullah, Wan Zaharulnizam, Famirul Ashraff, Nazri Ahmad, Brendan Gan, Mohamed Shawky, Mohamed Ghaddarm Forkey Doe dan Shakir Ali. Jadi tak perlulah bertanya lagi kata ada pemain Jepun? Kita tak pernah kata pun ada pemain Jepun. 

3) Cadangan awal kita adalah menyerap Faiz Suhaimi, Faizol Nazlin dan Qayyum Marjoni, namun dua yang diserap kerana Qayyum mendapat panggilan berkhidmat bersama Harimau Muda B.

4) Badhri Radzi mengekalkan lilitan lengan selaku kapten pasukan, manakala Khairul Fahmi dan Obinna Nwaneri dilantik sebagai 'vice captain'.

5) Kesemua pemain yang kita tandatangani tidak terikat dengan mana-mana pasukan dan yang sudah sah berakhir kontrak dengan pasukan lama/ejen bebas.

6) Brendan Gan telah kita kemukakan permohonan kepada FAM untuk mendaftarkannya sebagai pemain tempatan, mengikut peraturan FIFA sepatutnya tiada masalah untuk diluluskan.

7) Forkey Doe, Shawky dan Ghaddar ketiga-tiganya pernah beraksi bersama Al-Ahly, manakala Wan Zaharul, Nazri dan Shakir pula ketiga-tiganya beraksi sepasukan dalam Harimau Muda pada 2010.

 Purata umur pemain TRWFC adalah 25 tahun, dan seperti kata Tan Sri, skuad ini adalah yang lebih bersandarkan kepada tenaga muda dan pemain berusia lebih 30 tahun yang istimewa sahaja akan mendapat tempat dalam pasukan - hanya lima pemain sahaja berusia lebih 30 tahun membarisi skuad 2014, termasuk yang cukup istimewa, PIYA.
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!