Rabu, 27 November 2013


HTC sedia menawarkan sokongan Blinkfeed kepada pengguna peranti mereka, dan terkini, pengeluar telefon pintar tersebut juga turut bekerjasama dengan UEFA dalam hadir dengan aplikasi FootballFeed untuk pengguna Android.
Aplikasi ini dilihat boleh digunakan oleh pengguna Android seluruh dunia, dan bukan hanya terhad kepada pengguna peranti Android sahaja. Menggunakannya, pengguna boleh mengikuti kemaskini berita berkaitan dunia bola sepak, disamping mengikuti kemaskini perlawanan, kedudukan pasukan dan sebagainya.
HTC FootballFeed
Selain itu, aplikasi ini dilihat turut menyertakan kemaskini langsung permainan ketika ia berlangsung, disamping pengguna boleh menetapkan pasukan kegemaran mereka dalam mengikuti perkembangan pasukan tersebut dengan mudah.
Bagi mereka yang meminati bola sepak, dan menggunakan peranti Android 4.1 Jelly Bean dan terkini, boleh memuat-turun aplikasi ini secara percuma daripada Google Play Store hari ini.
Info Asal : amanz


Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!