Selasa, 26 November 2013


Jurulatih warga Itali merasakan pemain Portugal telah membuktikan dirinya menjadi pemain berpasukan



Jurulatih warga Itali merasakan pemain Portugal telah membuktikan dirinya menjadi pemain berpasukan

Jurulatih Real Madrid, Carlo Ancelotti menegaskan Cristiano Ronaldo bukan pemain yang mementingkan diri sendiri, sebagai tindak balas kepada dakwaan bahawa pemain antarabangsa Portugal itu terlalu fokus kepada prestasi sendiri.
 
Pemain berusia 28 tahun itu berada dalam prestasi yang luar biasa musim ini, menjaringkan 17 gol dalam 14 penampilan, dan Ancelotti memuji gandingan striker prolifik tersebut dengan pemain baru, Gareth Bale.
 
"Ronaldo seorang pemain berpasukan, bukan pemain yang pentingkan diri sendiri," kata Ancelotti.
 
"Sebelum Gareth Bale datang, orang sangka mereka akan bermasalah bermain bersama-sama, tetapi tiada masalah."
 
"Mereka menghantar bola antara satu sama lain dan miliki kombinasi yang baik. Semua orang terkejut tentang bagaimana dia (Ronaldo) bermain musim ini."
 
Bekas jurulatih Paris Saint-Germain kemudiannya memuji kemahiran teknikal Ronaldo dan mengulangi bahawa dia merasakan penyerang Portugal itu adalah yang terbaik di dunia.
 
"Saya telah melihat Ronaldo bermain banyak kali, sudah tentu, tapi apabila anda dekat setiap hari, kemahiran teknikalnya sukar dipercayai," katanya lagi.
 
"Dia yang terbaik pernah saya lihat. Dia menjaringkan gol pada setiap perlawanan dalam tempoh ini. 
 
25 gol dalam 18 perlawanan - dan dia boleh menjaringkan lebih banyak."

Info Asal : wiselonline.
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!