Rabu, 27 November 2013


Pengerusi Bayern tegaskan mereka tidak merancang mendapatkan Messi.

Pengerusi Bayern Munich, Karl-Heinz Rummenigge menolak andaian mahu mendapatkan Lionel Messi kerana yakin pemain antarabangsa Argentina itu terlalu mahal untuk juara bertahan Liga Juara-juara.
 
Laporan dari Sepanyol menyebut bahawa Bayern sedia untuk memenuhi klausa penjualan €250 juta  [£209 juta] pemain Barcelona tersebut dengan presiden kehormat kelab, Franz Beckenbauer menambahkan lagi spekulasi bila menyebut Messi akan menjadi penambahan bagus untuk mereka.
 
Namun, Rummenigge menegaskan juara  Bundesliga itu tidak berhasrat menghabiskan wang untuk penyerang prolifik tersebut.
 
"Messi? Kita bercakap tentang sesuatu yang memang mengarut, yuran perpindahan yang  lebih mahal yang kami belanjakan untuk Javi Martinez. Kami tak sampai ke situ," Rummenigge memberitahu.
 
"Lagi pun saya mengenali Sandro Rosell. Barcelona sama sekali tidak akan menjual Messi. Dia adalah santo di Barcelona dan mereka tidak akan menjual dia.
 
"Dan saya fikir ia demi kebaikan Messi untuk terus berada di Barcelona. Dia cukup sesuai di situ."
 
Messi memiliki kontrak bersama Barca sehingga Jun 2018.

InfoAsal : wiselonline
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!