Sabtu, 30 November 2013

Kita sering mendengar tentang jenayah domestik yang berlaku kerana pasangan yang baran. Ada yang ditumbuk kerana bangunkan suami solat subuh. Ada yang kena sepak kerana lambat bangunkan sumai untuk sahur ketika ramadan. Hari ini mari membaca kes wanita mengandung dikasari kerana beberapa ketul nugget ayam. Kareem Gordon (28) dari Orlando Florida ditahan polis kerana mengasari adik beliau yang sedang mengandung. Adik beliau dikasari kerana memakan beberapa ketul nugget ayam yang dimasak oleh beliau. Kerana marah ayam nugget beliau "dicuri" oleh adik beliau, Kareem dikatakan menolaknya sehingga terjatuh. Kareem kini ditahan di dalam penjara tanpa ikat jamin kerana mempunyai rekod melakukan keganasan rumah tangga terhadap isteri beliau sebelum ini. Inilah dunia moden. Bergaduh kerana benda remeh!

















iNFO aSAL : Click Orlando
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!