Sabtu, 30 November 2013


Vadillo bintang sedang menyinar dalam bola sepak Inggeris

Pemain sayap Real Betis, Alvaro Vadillo berminat dengan perpindahan di bulan Januari ini ke Arsenal, seperti yang didedahkan ejennya.
Pemain berusia 19 tahun itu dianggap  bintang yang sedang menyinar dala bola sepak Sepanyol dan difahamkan Arsenal antara kelab yang berminat mendapatkannya.
Dan mengesahkan spekulasi potensi perpindahan ke London utara tahun baru ini, ejen Vadillo mendedahkan kliennya memang mahu menyertai the Gunners.
‘Arsenal masih belum hubungi saya tapi sudah tentu Alvaro mahu bermain untuk Arsenal,’ ujar  Jose Maria Sanchez de Puerta.
‘Dia pemain yang akan mendatangkan kos yang tinggi di masa depan dan dikaitkan dengan kelab seperti Arsenal sememangnya lumrah.’
Vadillo sebelum ini dikaitkan dengan perpindahan ke Tottenham di penghujung jendela perpindahan musim panas lepas, namun difahamkan beliau hanya mahu meninggalkan Betis untuk aksi di Liga Juara-juara.
Info Asal : wiselonline
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!