Isnin, 25 Mac 2013


Pegawai kelab mengakui Adriano hubungi mereka dengan harapan kembali beraksi.

Bekas penyerang Brazil, Adriano  telah menghubungi Palmeiras dan menawarkan dirinya bermain untuk pasukan, menurut presiden kelab.
 
Pemain berusia 31 tahun itu merupakan ejen bebas  - bergelut dengan masalah kecederaan dan kecergasan – dan tidak mewakili mana-mana kelab sejak kontraknya bersama Flamengo berakhir di penghujung tahun 2012.
 
Dan walaupun mengakui ada hubungan di antara kedua belah pihak, pengarah kelab berpengkalan di Sao Paolo itu telah menafikan ada rundingan formal dilakukan untuk menggaji penyerang itu.
 
"Adriano mencari kami bulan lepas [Februari] menawarkan diri bermain untuk kami, namun walaupun kami bersyukur dengan pilihan terhadap pemain sebegini, ia tidak lebih dari itu," presiden  Paulo Nobre memberitahu.
 
"Namun kami akan membantu dari saat langkah pertama beliau kembali ke keadaan terbaiknya. Kami sanggup menawarkan bantuan profesional kami untuk membimbingnya. Kami mahu membantu Adriano atas dasar kemanusiaan."
 
"Setakat ini, kami masih belum merencana apa-apa."
 
"Palmeiras tidak menolak peluang mendapatkan pemain yang hebat dan jika beliau cukup cergas, beliau cukup sesuai," tambah ketua eksekutif Jose Carlos Brunoro.
 
"Jika Adriano membuktikan dirinya telah pulih sepenuhnya dan memiliki karier, kewangan dan projek peribadi, kami sanggup berbincang. Namun sejak dari panggilan pertamanya, beliau tidak menghubungi kami kembali jadi kami tidak bercakap mengenai perkara lain."

Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!