Isnin, 18 Mac 2013


Perlawanan persahabatan ini merupakan perlawanan pemanas badan dan boleh dianggap persediaan sebelum bertemu Yaman. Prestasi pemain juga dilihat teruji dalam perlawanan ini. Menurut pengendali Harimau Malaya, beliau telah mendapat idea atau gambaran siapakah yang bakal beraksi pada 22.Mac nanti.

Kekalahan 4-1 di tangan Arab Saudi membuktikan bahawa Malaysia masih belum mampu untuk menandingi mereka. Empat tahun lalu kita hanya dikalahkan dengan jaringan tipis 2-1.
Jika dilihat pada barisan pemain yang diturunkan pada separuh masa pertama dan kedua, terdapat perbezaan yang ketara. Corak serta rentak permainan mereka juga dilihat ada kelainan.
Di separuh masa pertama, dapat dilihat ada sedikit kekurangan di bahagian tengah dan pertahanan. Bahagian ini boleh dikatakan sedikit goyah sehingga Arab Saudi dengan mudah mengasak kubu mereka.
Kukarangan dari segi marking dan komunikasi antara pemain boleh dianggap sebagai punca Arab Saudi mendahului dengan dua jaringan. Dua gol tersebut dijaringkan oleh Yousef al-Salem seawal minit ke 7 dan Yahya al-Shehri pada minit ke 30.
Berbeza di separuh masa kedua, percaturan Datuk K. Rajagobal menukar pemain tampak menjadi. Barisan yang diturunkan pada separuh masa kedua seperti Ashaari Shamsuddin, Manaf Mamat, Safiq Rahim dan Zubir Azmi dilihat lebih agresif. Kali ini kita dapat melihat Harimau Malaya lebih mengasak dan memberi tekanan kepada Arab Saudi.
Pasukan kita berjaya mendapatkan satu jaringan pada separuh masa kedua. Jaringan yang terhasil menerusi Safiq Rahim mengembirakan penyokong yang hadir. Sayangnya dua lagi jaringan dapat dihasilkan oleh Arab Saudi.
Walau bagaimanapun, Pujian harus diberikan kepada Norazlan Razali penjaga gol negara. Dengan melakukan penampilan pertama bersama pasukan negara, Norazlan dilihat mempamerkan aksi yang cukup boleh di banggakan. Beliau juga dilihat lebih bersedia dengan setiap percubaan yang datang dan tampak tenang menghadapi asakan lawan.
Apa yang perlu diambil berat oleh Datuk K.Rajagobal sebelum menentang Yaman adalah barisan tengah dan pertahanan yang dilihat sedikit lemah. Jika beliau mampu untuk memperbaiki kekurangan tersebut, tentunya pasukan kita akan dilihat lebih tajam dan sukar untuk ditandingi.
Mereka kini perlu persiapkan mental dan fizikal sebelum turun menentang Yaman. Tugas lebih berat menanti mereka pada perlawanan Kelayakan Piala Asia 2015 itu. Bola itu bulat, macam-macam perkara boleh terjadi. Kita juga mengharapakan keajaiban akan terhasil pada perlawnan itu nanti.


Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!