Ahad, 17 Mac 2013


David Gill telah bertanya mengenai pemain berusia 23 tahun ini kepada Levy

Manchester United telah membuat pertanyaan mengenai Gareth Bale namun dikejutkan dengan harga £70 juta yang diminta Tottenham.
 
Ketua eksekutif United, David Gill telah mendekati pengerusi Spurs, Daniel Levy tentang perjanjian untuk Bale, hanya untuk diberitahu bahawa pemain berusia 23 tahun itu bakal menelan kos menghampiri rekod dunia jika kelab London tersebut mahu menjualnya ke kelab pesaing Liga Perdana Inggeris.
 
Tottenham sebaliknya sedang fokus berbincang dengan penasihat Bale mengenai kontrak baru lima tahun bersama gaji mingguan £150,000, di mana ia akan merombak struktur gaji kelab.  Pemain Wales itu diberikan ganjaran kerana kemajuannya sejak tiga tahun lepas.
 
Bale memberitahu kenalannya bahawa beliau sedia menolak tawaran besar musim panas ini jika Spurs berjaya layak ke Liga Juara-juara.
 
Beliau juga menarik perhatian Real Madrid, Manchester City dan Bayern Munich dengan kecemerlangan aksinya musim ini, menjaringkan 21 gol untuk Spurs di semua kejohanan.
 
Beliau sebelum ini menyatakan minat bermain di seberang laut dan Real Madrid kekal menjadi pilihan mendapatkannya – namun mereka perlu menunggu sehingga seawal 2014 untuk memiliki Bale.

Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!