Sabtu, 16 Mac 2013


Kiessling telah menjaringkan lebih banyak gol daripada striker Jerman lain di Bundesliga musim ini.

Penjaring terbanyak Jerman dalam Bundesliga, Stefan Kiessling telah diabaikan daripada pasukan skuad kebangsaan untuk kelayakan Piala Dunia akan datang menentang Kazakhstan.
 
Ketua jurulatih Jerman, Joachim Low telah mengetepikan striker Bayer Leverkusen daripada pendahulu Kumpulan C walaupun Kiessling menjaringkan 16 gol dalam liga Jerman musim ini, hanya satu kurang daripada penjaring terbanyak liga iaitu striker Borussia Dortmund, Robert Lewandowski.
 
Low menyatakan alasan taktikal adalah sebab kenapa dia tidak memanggil pemain berusia 29 tahun itu.
 
"Kami ada falsafah yang berbeza," katanya. "Kiessling penting untuk Leverkusen dan bermain hebat. Tapi skuad semasa kami hebat semasa kelayakan. Skuad ada banyak pilihan. Jika anda panggil Kiessling pada usia ini, anda perlu menjamin dia mempunyai masa depan jangka panjang."
 
Ada beberapa kejutan lain dalam skuad 23 pemain Low untuk pertemuan yang akan dimainkan di Astana pada 22 Mac dan di Nurnberg empat hari kemudian. Dengan tujuh pemain Bayern Munich (Manuel Neuer, Jerome Boateng, Philipp Lahm, Toni Kroos, Bastian Schweinsteiger, Thomas Muller dan Mario Gomez), lima dari Borussia Dortmund (Marcel Schmelzer, Sven Bender, Ilkay Gundogan, Marco Reus dan Mario Gotze) dan duo Real Madrid, Mesut Ozil dan Sami Khedira, 14 anggota skuad masih mempunyai segala-galanya untuk bermain dalam Liga Juara-juara.
 
Mereka disertai oleh gandingan Arsenal, Per Mertesacker dan Lukas Podolski, bintang Schalke, Julian Draxler dan Benedikt Howedes, pemain Hamburgs, René Adler dan Heiko Westermann serta midfielder Leverkusen, André Schurrle dan Lars Bender. Low juga memanggil penjaga gol Hannover, Ron-Robert Zieler sebagai sokongan kepada Neuer dan Adler.

Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!