Isnin, 18 Mac 2013


Setelah tamat 10 perlawanan, 12 pasukan Liga Super pasti menggunakan kesempatan cuti panjang, bagi memperkemaskan pasukan masing-masing.
Yang menjadi tumpuan, pastinya terarah pada pasukan-pasukan ternama yang dijangka bakal melakukan perubahan drastik membabitkan pasukan mereka.
Johor Darul Takzim (JDT), Kelantan mahupun T-Team dilihat antara 3 pasukan yang bakal melakukan perubahan yang paling ketara.
Spekulasi mula bertiup kencang di kem JDT. Azmi Muslim, Safiq Rahim mahupun Del Nero dikhabarkan bakal beraksi bersama pasukan Liga Premier, Johor FA. JDT juga dikatakan sedang mengintai-intai seorang lagi pemain berstatus bintang untuk dibawa ke Larkin.
"Cuaca dalam kem JDT juga kini dikatakan semakin tidak menentu" Insiden di Shah Alam sudah cukup menceritakan segala-galanya.
Kelantan juga telah bersiap sedia dengan pelaburan yang diharapkan agar lebih menyakinkan. Keita Mandjou sudah pasti boleh berkemas untuk mengucapkan Selamat Tinggal Kota Bahru.
Dimitri Petratos sudah bersedia untuk mengambil alih tempat Keita. Pasangannya sudah pasti Fakri Saarani yang kembali semula ke dalam kancah Liga Malaysia.

Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!